Apa guna undang-undang sekiranya tidak mampu mengawal dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan?
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan haram, Mei tahun lalu.
Hakim, Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam bela N Surendran yang menghalang anak guamnya dibicarakan ekoran keputusan mahkamah rayuan membebaskan dan melepaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan yang sama.
Katanya, pendakwaan sepatutnya meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.
Awal hari ini, Nik Nazmi didakwa semula mengikut Seksyen 9(5) PAA kerana didakwa gagal mengeluarkan notis 10 hari mengikut Seksyen 9(1) akta sama, ketika menganjurkan perhimpunan 'Black 505'.
Perhimpunan berkenaan berlangsung di Stadium Kelana Jaya tidak lama selepas pilihan raya umum tahun lalu.
Tuduhan itu serupa dengan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya di mahkamah sama tahun lalu selepas perhimpunan 8 Mei itu.
kejutkan peguam negara jangan tido lagi..
BalasPadam