Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, menasihatkan supaya MCA tidak membuat sebarang kenyataan berhubung rang undang-undang hukum hudud yang akan dibawa ke parlimen oleh PAS.
“Kita sendiri masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan rang undang-undang persendirian itu yang akan dibawa ke parlimen kelak,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Cemerlang 2014, anjuran Yayasan Pendidikan Titiwangsa.
Khairy turut berharap agar tida ada kata dua dari mana-mana pihak berkenaan hukum hudud.
“Umno sendiri sudah membuat keputusan untuk menerima hukum hudud yang akan dibawa oleh PAS, tetapi kini kita sedang mengkaji cara perlaksanaan yang terbaik untuk melakukannya,” katanya.
“Saya harap MCA tidak lagi membuat sebarang kenyataan dan keputusan yang terburu-buru. Hal ini kerana ia boleh mengeruhkan hubungan antara parti dalam Barisan Nasional (BN).
Dalam pada masa yang sama, Khairy turut mengulas berkenaan kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR 2014.
“Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” ujarnya ringkas.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Belia Dan Sukan sekali lagi akan menganjurkan program tahunan, Festival Belia Putrajaya 2014 bermula 22 hingga 25 Mei 2014. Festival tiga hari ini akan diadakan di Persiaran Perdana, Presint 4 Putrajaya dari 10 pagi hingga 10 malam.
FBP2014 akan bermula dengan Program Selawat besar-besaran pada 22 Mei 10 malam di Putrajaya dan akan merangkumi lebih 60 aktiviti yang seimbang dan menyeluruh serta untuk belia.
#FBP2014 #FestivalBeliaPutrajaya2014 #kbs #bernamayouth
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....