Nuffnang

#PrayForMH370 : Siapa Mr. Ali? Identiti 2 Individu Misteri BerjayaDikesan!!!

DALAM misi mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat MH370 yang masih buntu walaupun masuk hari keempat, isu penumpang menggunakan pasport curi menaiki pesawat yang sama juga semakin berpanjangan nampaknya.

Malah beberapa agensi media antarabangsa semalam mendedahkan pula agensi pelancongan Thailand yang menempah tiket untuk kedua-dua tidak dokenali itu dibuat oleh seorang warga Iran yang dikenali sebagai Mr. Ali.



Seorang lelaki Iran yang dikenal pasti menggunakan passport palsu menaiki pesawat MH370


Mr. Ali dikatakan menjadi orang tengah kepada proses pembelian tiket kedua-dua lelaki yang menggunakan pasport milik warga Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Christian Kosel itu.

Kedua-dua lelaki yang bukan susuk orang Asia itu sebelum itu membeli tiket sehala syarikat China Southern Airlines di Bangkok melalui agensi pelancongan di Pattaya, Thailand.

Dilaporkan, pemilik agensi pelancongan tersebut, Benjaporn Krutnait, tiket itu ditempah melalui lelaki bernama Mr. Ali dan menurutnya, pembelian melalui orang tengah merupakan sesuatu perkara biasa kerana mereka biasanya broker yang mendapat duit komisen.

Mr Ali, katanya, menanyakan harga terendah untuk peri ke Eropah kepada kedua-dua pelanggannya dan tidak meminta tiket transit Kuala Lumpur-Beijing secara spesifik.

Lelaki yang membawa pasport Maraldi sepatut pergi Copenhagen manakala pembawa pasport Kozel pula ke Frankfurt pada hari kejadian iaitu sebaik sahaja pesawat MH370 mendarat di Beijing, China.

Terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memaklumkan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan bekerjasama dengan anggota FBI dari Amerika Syarikat berhubung identity sebenar kedua-dua lelaki terbabit. MalaysiaGazette


Sementara itu, Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

"Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.



Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi ke Frankfurt, Jerman.

Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top