Nuffnang

MH370 : Ada "SINAR" Di Sebalik Misteri!!!




Pelbagai spekulasi, hipotesis serta teori yang berlegar di media ketika ini. Namun, tiada "siapa" yang dapat mengemukakan jawapan sebenar kepada misteri "kehilangan" MH370.

Tidak banyak yang dapat penulis kongsikan, namun kesimpulannya, ADA SINAR DI DALAM MISTERI INI.

Perbanyakkan DOA, Kerana DOA lah "senjata" terbaik bagi kita dalam "memerangi" anasir jahat samada yang zahir atau yang tidak terlihat dengan pancaindera kita.

Serahkan pada yang "pakar" dalam menangani "misteri" ini.

INSYA ALLAH....

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Satu lagi, jangan sampai akidah kita sebagai umat Islam "tergelincir" dengan penyebaran serta keyakinan kepada sesuatu perkara tanpa usul periksa seperti tafsiran Ayat surah Yasin ini.




Tafsir palsu ayat surah Yasin dengan insiden isu pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang. Pengguna dilaman sosial khususnya dinasihatkan supaya tidak menyalah tafsir ayat suci dalam Surah Yassin dan mengaitkan dengan insiden MH370. Surah yang dimaksudkan adalah penyebaran tafsir ayat 41 surah yasin untuk dikaitkan dengan kehilangan MH370.

Maka berhubung dengan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dan ayat dalam surah Yaasin ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung kerana beberapa sebab seperti berikut:

1- Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air. (Rujuk Kamus al-Wasit)

Jawapan: Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang).

2- Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman. (Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir)

Jawapan: Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.

3- Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat:

-Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar)

-Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir)

Jawapan: Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.

4- Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut:

“ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?

Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.

Ustaz W.Md.Hazim Bin W.Md.Hashim al-Shoubrawy
(Imam Masjid Negeri, Kuala Terengganu)

Share this article

1 Komen:

  1. Sehingga ke hari ini belum ada sebarang serpihan dijumpai. Saya sangat berharap agar pesawat tersebut dapat ditemui supaya semua spekulasi terjawab.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top