Nuffnang

YA ALLAH, AMPUNI DAN RAHMATILAH INSAN INI






Ya Allah, apa lagi yang mampu penulis lafaskan selain dari beristifar panjang-panjang. Astaghfirullah al azim...... Terdetik dua persoalan di fikiran, adakah status ini benar-benar dibuat oleh seorang wanita Islam atau satu mainan oleh pihak tertentu untuk mempersenda Islam?



Betapa lemahnya sistem perundangan kita khususnya yang melibatkan hal-hal agama Islam sehinggakan agama rasmi negara ini terus-terusan dihina dan dipermainkan di media sosial.

Penulis cuba membawa satu contoh yang berlaku di Bangladesh pada di mana Hakim Mahkamah Tinggi, Zahirul Haque telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap empat penulis blog atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Dhaka, Bangladesh.





Pendakwa raya kanan, Shah Alam Lukdar berkata, kesemua penulis blog yang melakukan kesalahan itu pada awal tahun ini, didakwa mengikut undang-undang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media.

"Merujuk kertas penghakiman, kesemua mereka mempunyai niat jahat dengan menyebarkan fitnah terhadap semua agama," katanya dipetik dari laporan AFP.

Sejak kebelakangan ini, pengikut atheist dan fundamentalis kerap berdebat dalam media sosial di negara itu mengenai isu keagamaan dan ia menjadi serius apabila beberapa penulis blog anti-Islam dibunuh Februari lalu.

Kepada menteri dan agensi yang terlibat, jangan asyik mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung perlakuan SEBIADAP ini. Kalau negara seperti Bangladesh pun boleh mengambil tindakan seperti di atas, apatah lagi Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya. Jelas termaktub dalam perlembagaan negara.

Dan perlu diingat, Islam adalah agama yang adil dan saksama. Tindakan tanpa kompromi juga perlu diambil kepada mereka yang menghina mana-mana agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia. BERTINDAKLAH SEGERA!!!
Share this article

1 Komen:

  1. salam, kita selalu salahkan perundangan, sedangkan perundangan adalah ciptaan manusia yg pastinya penuh kelemahan. Tp kita tak lihat aspek kerohanian dan jati diri seorang Islam, sebenarnya yang lemah ialah jiwa muslim itu. Bagaimana persolaan untuk org yang lemah jiwa ini?.Apa penyebabnya? Contoh - Jika kita terkena kencing manis,, kaki nk dirawat, dipotong atau disimpan? Bila ramai ahli agama (?) sibuk perpolitik dan lupa tanggungjawab berdakwah inilah hasilnya. Inilah modal insan hasil kerakusan ahli agama terhadap kuasa,,, jiwa yg kental kadangkala tergugat dek kuasa dan pengaruh... hingga lupa tanggungjawab yang digalas,, mangsa nya ialah saudara sendiri kerana tiada yang membimbing. Untuk menepis kelemahan diri yang tidak menjalankan tanggungjawab ke jalan Allah, langkah mudah ialah menuding jari.. jadi salahkan perundangan dan sistem yang ada... sepatutnya ahli agama yang perlu malu bila timbul isu ini

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top