Selalunya polis tidak pernah betul, dan polis tidak boleh diharap. Tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri kenapa polis juga yang dicari?
Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang, telah membuat laporan polis berhubung akuan Facebook "palsu" yang menyamar sebagai dirinya.
Dyana Sofya, 25, berkata bahawa profil, yang diwujudkan tiga minggu lalu di bawah nama 'Dyana Sofya', telah berinteraksi dengan lebih 250 rakan media sosial dengan menyamar sebagai Dyana.
Dalam satu kenyataan semalam, Dyana Sofya memaklumkan kepada semua pihak bahawa akaun Facebook itu bukan miliknya dan beliau berinteraksi dengan orang ramai sepenuhnya melalui laman Facebook MP Gelang Patah.
Menurutnya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung perkara itu.
Manakala laporan polis telah dibuat pada 9 Oktober di sebuah balai polis di Nusajaya , Johor.
Huh...tahu pula cari polis ye!!!
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....