Suara Anak Muda : DS Najib Dah Takde Orang Lain Ke?
Seperti semua sedia maklum, DS Utama Rais Yatim merupakan antara Ahli Parlimen yang pernah menganggotai barisan kabinet dalam tempoh yang lama sehinggalah pada PRU 13 yang lalu apabila nama beliau digugurkan daripada senarai calon yang bertanding.
Walaupun begitu, jasa dan kepakaran beliau tetap ditagih oleh YAB Perdana Menteri apabila dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Ingatkan setakat itu sahaja, rupa-rupanya DS Rais kini dilantik pula sebagai Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Persekutuan bertaraf Menteri.
Apa citer ni PM? Cukup-cukuplah sikap "Mengenang Budi" tu. Kalau iye pun menghargai dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan, tak perlulah sampai dilantik ke suatu jawatan bertaraf menteri.
Apa dah kurang sangat ke calon kat Malaysia ni yang berkaliber dan intelektual yang boleh dilantik ke jawatan itu?
Cukup-cukuplah "nostalgia" lama tu. Dan anak-anak muda telah membuktikan pada PRU13 yang lalu bahawa mereka mahukan "perubahan". Tak kan tak sedar-sedar lagi. Pelantikan ini seolah-olah menolak dan tidak mengiktiraf kehendak anak muda.
Bukan untuk menidakkan "kepakaran" serta "kebolehan" DS Rais dalam perkara ini, tapi rasanya lebih baik dilantik YB-YB yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU13 yang lalu. Masih ramai lagi yang ada. Jangan sampai anak muda semua menolak setiap tindakan YAB Perdana Menteri. Cukup-cukuplah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



aktivis saran bekukan aset penceroboh haram musang...

xiaomi jenama telefon pintar no 1 di malaysia

misteri lori bergerak tanpa pemandu

tips bajet harian cara jimat belanja rumah tanpa r...

sepuluh aktiviti yang boleh dilakukan oleh pesara ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
u help me
BalasPadami help u
kau buat taik nk tolong buat apa? busuk punya orang..campak lombong pn ikan mati, menyusahkan pulak hidup buat apa?
BalasPadam