Nuffnang

PADAH MERUSUH: 13 dipenjara dua tahun, denda RM5,000





KUALA KANGSAR 13 Sept. - Sebanyak 13 individu yang menyertai perhimpunan haram di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak empat tahun lalu, dihukum penjara dua tahun dan didenda RM5,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.





Mereka yang didakwa merusuh pada 6 Februari 2009 itu ialah Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd. Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd. Thaib; Nazir Hamid, Mohd. Hasri Ismail dan Mohamed Ismail, 47.

Hakim Norsalha Hamzah memerintahkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa hari ini.

Beliau juga memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top