Nuffnang

Cikgu Oh Cikgu : 2 Pelajar Cedera Di Mata Dan Kepala Dipukul!!





ALOR GAJAH – Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Talib Karim mendakwa dipukul seorang guru lelaki di dalam kelas tanpa alasan munasabah sehingga cedera di mata dan kepala.



Pelajar tersebut, Izzul Fahmi Zainal, 15, dipercayai mengalami bengkak di bahagian mata kanan serta penglihatannya kabur manakala Nur Najwa Najihah Mohd Shah, 13, mendakwa mengalami sakit kepala akibat dipukul di kepala.

Zurina Ibrahim, 40, berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi Sabtu lepas, guru terbabit bertindak memukul kepala anaknya, Izzul Fahmi menggunakan tangan beberapa kali sebelum sekali lagi kepalanya dipukul menggunakan buku teks.

“Saya tidak dimaklumkan perkara itu oleh anak saya kerana dia terus tidur sebaik pulang dari sekolah ganti namun dimaklumkan mengenai kejadian itu dari ibu seorang lagi pelajar perempuan yang turut dipukul cikgu sama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jelatang di sini.

Katanya, dia kemudian mengejutkan anak lelakinya dari tidur dan terkejut apabila melihat mata kanan Izzul Fahmi merah dan bengkak sebelum dimaklumkan dipukul guru di dalam kelas.

Sementara itu, Izzul Fahmi berkata sebelum kejadian dia sedang berjalan di luar kelas Nur Najwa Najihah sebelum dipanggil dan dimarahi guru tersebut kerana melihatnya berbaring di atas pentas di Dataran Keris di sini ketika keluar bersiar-siar bersama Nur Najwa Najihah dan dua lagi rakan pada 1 September lepas.

Dakwa pelajar tingkatan tiga itu, guru terbabit turut memberi amaran akan memukulnya dan rakan sekiranya melihat mereka di dataran tersebut pada masa hadapan selain tidak gentar sekiranya tindakan itu diadukan kepada keluarga.

Selepas kejadian itu, Nur Najwa Najihah mendakwa dia diarah berdiri dan duduk di kerusi guru berulang kali sebelum kepala dipukul dua kali dengan buku teks selain dihambur kata-kata kesat ketika guru terbabit masuk ke kelasnya.

Ibunya, Norhayati Md Yusof, 44, berkata tindakan guru tersebut menyebabkan anaknya itu trauma dan malu ke sekolah serta sering mengadu sakit kepala.

“Saya tidak kisah sekiranya mereka dipukul kerana melanggar disiplin sekolah tetapi tindakan guru itu hanya kerana dia ternampak Najwa dan kakaknya bersama dua lagi rakan lelaki duduk di pentas di Dataran Keris,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana hukuman tersebut diambil seminggu selepas kejadian menggunakan cara yang tidak beretika.

Ibu bapa kedua-dua pelajar berkenaan kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Pengarah Pelajaran Melaka Kasim Mohamad pula berkata pihaknya belum menerima laporan lisan mahupun bertulis dari Pengetua sekolah tersebut dan siasatan hanya akan dijalankan selepas menerima laporan berkenaan. – Bernama
Share this article

3 Komen:

  1. Perkara yg sejengkal dijadikan sedepa... Anak buat maksiat mak bapak diam.. Kena lempang sikit hebohnya bukan main lagi..apa buta ke cacat ke biol ke...maksiat yg diaorang buat ...buat2 tak nampak...apa punya mak bapak....beranak je pandai

    BalasPadam
  2. Inilah contoh media bias. Cerita yang dipaparkan sangat berat sebelah. Siasat dulu latar belakang dua orang budak tu. Apa sebenarnya yang diorang buat kat dataran tu. "baring - baring". Media tak siasat yang budak - budak ni buat maksiat kat taman tu. Sebagai pendidik dia harus tegur. Inilah dia ibu bapa yang kurang arif tentang anak sendiri. Kesudahannya orang yang ingin mencegah bangsa kita hanyut dipersalahkan.

    BalasPadam
  3. saya amat setuju disiplin pelajar makin hari makin teruk..ibu bapa pertahan anak waima anak bermasalah di sekolah..guru didik anak jadi insan berguna tapi bila ditegur pelajar respond kata kesat ditambah naik kaki tangan kepada guru yang beri ilmu memang tidak wajar...zaman dahulu guru tegur pelajar ikut dan terbukti jadi insan berguna..sistem pendidikan dahulu dan peperiksaan dahulu lebih afdal membentuk sahsiah pelajar berbanding sekarang kerana pelajar semakin biadap...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top