KUALA LUMPUR : Bukan diri ini tidak sedar bahawa sedang berada dalam bulan Ramadan yang mulia, tetapi Murai Batu tak dapat mengelak daripada menjadi tempat hamba-hamba Allah ini bercerita. Mereka ni kawan, nak tak nak kena dengar juga nanti kena carut kekwat.
Apatah lagi bila ia melibatkan pasal personaliti televisyen. Walaupun beralih bidang ke arena pengacaraan, gadis yang kini sopan bertudung litup dan telah berkahwin itu mempunyai perangai yang amat busuk, jauh berbeza dengan imej suci dibawanya itu.
Kuat propa!
Harap muka sahaja baik, pijak semut tak mati tetapi kuat mencuri. Daripada duit, pakaian dan apa sahaja mungkin dicapai tangannya yang panjang itu, maka lesaplah ia. Bukan main hebat lagi sampai dia terlupa tentang kamera litar tertutup (CCTV) dan gerak gerinya yang diperhatikan itu.
Tujuan utama teman menceritakan hal yang kini telah diketahui seluruh rakyat di stesen televisyen swasta no.1 Malaysia bukannya mahu membuka pekung pengacara rancangan bual bicara pagi itu. Cuma, dia geram kerana tidak sangka begitu sikap sebenar pengacara ini.
Disebabkan pelbagai kecurian dan kehilangan barang, individu yang bertanggungjawab ke atas barang yang hilang itu harus menanggung gantirugi. Bertambah beranglah teman itu sehingga baru-baru ini pengacara itu telah tertangkap setelah barang yang pernah dilaporkan hilang dijumpai berada dengannya.
Aiyooo hebat betul mata-mata gelap stesen televisyen itu, tangkas dan bijak. Mau tidaknya, mereka tidak larat nak menanggung gantirugi kehilangan barang, menanggung pula kehilangan wang kocek sendiri semenjak si hijabista bertopengkan si panjang tangan itu mengendalikan rancangan bual bicara pagi itu.
Perkara ini khabarnya telah dimaklumkan kepada pihak atasan dan juga pihak berkuasa. Tak tahulah apa nasib pengacara itu kelak. Mungkin pembaca semua boleh la tunggu dan tengok di depan televisyen, manalah tahu perasan ada pengacara yang mungkin tiba-tiba hilang!
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....