BERITA BAIK!! Rumah Transit Buat Pasangan Baru Berkahwin
KOTA BELUD - Program rumah transit untuk pasangan muda yang baru berkahwin memiliki kediaman selesa, akan diperluaskan ke negeri ini serentak pelaksanaannya tahun depan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata selain Kota Kinabalu, Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kinarut dan Inanam dikenal pasti antara lokasi sesuai projek perintis program itu.
"Program itu merupakan pendekatan pro-aktif kerajaan untuk membantu pasangan muda yang baru berkahwin, berumur di bawah 30 tahun dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dalam usaha mengurangkan beban mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Kampung Taun Gusi, di sini Ahad malam.
Minggu lepas, Abdul Rahman mengumumkan pelaksanaan Projek Perumahan Transit untuk meringankan beban pasangan muda yang baru berkahwin dengan memperuntukkan 10 peratus daripada jumlah PPR untuk disewa golongan berkenaan dengan kadar hanya RM124 sebulan selama dua tahun.
Beliau yang mengumumkan perkara itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, berkata sebagai permulaan, tumpuan pembinaan akan dilaksanakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum diperluas ke bandar-bandar lain pada masa akan datang.
Mengenai pelaksanaan PPR di negeri ini, Abdul Rahman berkata Sabah merupakan negeri paling tinggi mendapat projek itu iaitu kira-kira 16,000 unit berbanding negeri lain.
-- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



menulis artikel link building jalan rezeki saya se...

nasi kandar deen mutiara penang

breakfast dengan roti canai sarang burung di sup t...

pakai sheet mask bird nest dari watsons

tragic test drive salesman s negligence and substa...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....