Nuffnang

INI KALILAH : AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM INI CADANG PUASA PENUH!!





Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.

Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh. 

"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi. 

"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. 

Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan. 

"Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya. 

Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen. 

"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam. 

"Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya. 

Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau sudah memeluk Islam. 

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini. 


Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) : "Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" 
Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." 

(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


SELAMAT BERPUASA....
Share this article

5 Komen:

  1. moga diberi hidayah utk menjadi Muslim

    BalasPadam
  2. Gitu le jalan nak tipu orang Islam.Jngan caya sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tak boleh di percayai,,ada udang di sebalik mee..

      Padam
  3. Kalau ikhlas moga mendapat hidayah, tapi kalau ada bentuk penghinaan
    moga dibalas Allah S.W.T dengan kehinaan,,,,,,,

    BalasPadam
  4. Sepatutnya puak pembangkang minta dia memeluk Islam dlu...apajadahnya dia nk berpuasa,bkn dpt pahala pun......lgpun dia Kristian bkn buddha,dia pun tahu tentang puasa sbb berpuasa ni dh ada dlm ajaran bible..bkn apa takut dia wayang aja....nk tunjuk dia@kristian tu flexsible....sebab tu ramai akan terpesong bila dia SPIN 360' nanti.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top