KOTA BHARU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Hakim Pilihan Raya, Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.
"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.
Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.
Pada PRU-13 lalu, DUN Selising dimenangi calon BN, Zulkifle Ali yang mengalahkan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi. - Bernama
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....