PENCEROBOHAN SABAH: KOLONEL BLACK PANTHER SULU DITAHAN!
Cubaan kumpulan pengganas Sulu menceroboh kawasan pantai timur Sabah belum berakhir ekoran penahanan dua buah bot dinaiki sekumpulan 25 lelaki yang membawa bersama pelbagai senjata oleh pihak berkuasa Filipina di perairan Simunul berdekatan negara jiran itu pada Ahad lalu.
Ketika ditahan pada pukul 3 pagi itu, dua buah bot yang menggunakan enjin sangkut tersebut masing-masing membawa seramai 12 dan 13 penumpang.
Pulau Simunul yang terletak kira-kira 144 kilometer dari Semporna, Sabah merupakan salah satu lokasi yang menjadi kawasan persembunyian dan pencerobohan puak pengganas Sulu yang sebelum itu menawan Kampung Tanduo di Lahad Datu.
Sumber berkata, pemeriksaan pihak berkuasa negara Filipina ke atas kedua-dua buah bot tersebut menemui pelbagai jenis senjata api termasuk 15 laras raifel, lima laras senapang M-14 serta sepucuk pistol jenis Colt.
Turut dirampas 75 butir bom tangan.
Sumber itu berkata, kumpulan 25 lelaki yang dipercayai dalam rancangan menceroboh Sabah diketuai oleh Haji Asak Alimuddin seorang lelaki berpangkat kolonel dalam pasukan Black Panther Briged. Dikatakan Black Panther Briged merupakan salah sebuah pasukan elit dalam pasukan tentera Sulu.
Kolonel yang berusia 50-an itu turut dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Pemimpin Puak pengganas Sulu, Jamilul Kiram III.
“Haji Asak bersama anak-anak buahnya masih disiasat bagi mengetahui rancangan kumpulan itu yang dikhuatiri mahu menceroboh Sabah,” kata sumber itu dengan memberitahu kumpulan itu masih ditahan di kepulauan Jolo dekat Sulu.
- SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



senarai biasiswa lepasan spm zakat bantuan ipt 202...

kanada menunggu keputusan pilihan raya tinjauan us...

wall street memastikan rumah putih tetap terkawal

umdap mantap branding may have backfired among aye...

not all flag mistakes are equal

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Tak abis2 nk serang negara org....anak haram punya keturunan kiram...
BalasPadamtembak je lanun2 kiram ni....muka tak malu terhegeh2 nak masuk negara orang..
BalasPadamMalaysia melalui saat-saat yg paling getir menghadapi ancaman luar dan ancaman dari dalam / demonstrasi(menjadi rusuhan?) , semuanya berlaku dalam masa yg sama..adakah kebetulan?
BalasPadamRakyat yg teramai yg cintakan keamanan, bersungguh-sungguh lah berdoa agar kita dapat mengatasi dugaan ini dan melenyapkan anasir2 yg menggugat keselamatan negara dgn segala jayanya..