Nuffnang

Exco Kelantan: Pendedahan Blogger PAS Mengenai Penyingkiran Husam!!






'TANGAN GHAIB' DI KELANTAN!!!

Sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya itulah gambaran jelas yang mampu dibuat apabila kita mengenang nasib yang melanda Si Husam ni.

Walaupun dia masih bergelar YB, tapi apalah sangat gelaran tersebut jika nak dibandingkan dengan aib yang diterimanya. Dia pulang ke Kelantan dengan kemurkaan Tuanku.

Itu sebab nama dia GUGUR sebagai Exco. Jauh sekali impian dia nak jadi Timbalan Menteri Besar berkecai dan berderai. Semuanya akibat 'Tangan Ghaib'. Siapa dalangnya? Meh baca sinopsis dibawah:

Penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) menyoroti secara detail punca Husam digugurkan iaitu beliau tidak disenangi oleh kem Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah, ADUN Panchor. 

Menurutnya, pada awalnya nama Husam diwar-warkan sebagai Timbalan Menteri Besar (TMB), namun apabila senarai nama itu dihantar kepada Sultan Kelantan, tempat (TMB) yang sepatutnya diisi oleh Husam itu telah diganti dengan nama Nik Mohd Amar. 

“Semalam Ahmad Yaacob sudah mengangkat sumpah menjadi MB Kelantan yang baru. Barisan Exco juga sudah dibentuk, khabarnya. 

"Nama-nama atau senarai sudah disediakan dan akan mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing. Mohd Amar Nik Abdullah, 51, yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat dilantik menjadi TMB. 

"Akhirnya usaha tidak pernah mengenal kalah dan secara senyap Mohd Amar itu berjaya juga. Inilah politik dan keajaibannya.

“Mohd Amar tidak boleh menafikan akan hakikat dan kerja ini. Kelelahan dan tidak berdaya Nik Aziz diambil kesempatan sepenuh olehnya. Saya ada maklumat kuat untuk menuduh perkara ini. 

Ia ditambah pula dengan sikap Husam Musa salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang jarang atau tidak begitu rajin untuk menghadiri mesyuarat. 

Kelewatan Husam tiba pada sesuatu mesyuarat telah diambil kesempatan orang Mohd Amar dan yang lain untuk mencatur mengikut kehendak mereka. Akhirnya Husam dimakan atau pun diperdaya dengan sikap acuh tidak acuhnya sendiri. 

“Usaha Mohd Amar berjaya. Persepsi buruk ke atas Husam yang ditabur di serata tempat berjaya mencapai apa dihajatkan. 

Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan apabila beliau tidak disenaraikan sebagai Exco. Apakah Husam dipanggil sama semasa membincang untuk membentuk barisan Exco?,” kata penulis politik yang berasal dari Kelantan itu.



Maknanya, sembang-sembang belakang sebelum PRU berkenaan tujuan utama Husam dihantar bertanding di Putrajaya ada benarnya. BB ada terdengar daripada sumber2 yang boleh dipercayai bahawa Husam sendiri terkejut dengan penyenaraian beliau untuk bertanding di Putrajaya menentang Ku Nan.

Sebab apa, umum mengetahui Husam takkan mampu tawan Putrajaya. Tapi sebab nak menghapuskan reputasi Husam, tu sebab dia dilemparkan ke sana.

Jadinya, Si Husam ni tak boleh nak salahkan orang lain. Dia kalah di Putrajaya sebab rakyat tak nak dia jadi pemimpin mereka. Lebih malang dari itu, Husam juga turut ditolak oleh ahli serta pimpinan dari kalangan Rejim PAS Kelantan sendiri!!!

Share this article

2 Komen:

  1. lepas ni dia isi borang umno la tu..typical..

    BalasPadam
  2. ulama pas dalam gerakan nak singkir erdogans. lepas ni dia isi borang masuk pkrlah. ingat tak kickdefella cakap pasal peruntukan RM5 juta? mana husam dapat? siapa yang banyak duit? dia akan ikut orang yang beri duitlah. pasal pkr pun dah tinggal anal-beranak (bukan typo error) dan beberapa senior. yang lain masih baru. jadi untuk pemuda-pemudi yang nak naik cepat, masuklah pkr.

    mungkin selama ni husam berlagak pasal dia tahu di belakangnya ada anwar. seperti juga khalid samad yang sememangnya bongkak. depa tak kisah pasal kalau pas tak mahu, pkr memang sedia menanti.

    ps, saifuddin abdullah dah join pkr ke?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top