Nuffnang

Nik Nazmi Sahkan Hudud Hanya Mainan Politik PR

Ini ada seorang pemimpin muda dalam PKR yang secara terang terangan menolak hukum hudud.

Adakah PAS berani untuk mengatakan bahawa beliau kini kafir atau buat buat tak nampak apa yang diperkatakan oleh Nik nazmi?

PAS mungkin tidak berani mengatakan begitu kerana Nik Nazmi adalah anak muda kesayangan PKR dan jika PAS mengatakan begitu, sudah pasti PAS akan ditempelak dengan hebat.




PAS selama ini begitu taksub dengan hukuman hudud dan ianya selalu di keluarkan apabila tiba musim pilihanraya.

Tapi jelas dapat kita lihat apabila tamat sahaja pilihanraya umum, maka hudud versi PAS akan lenyap dan ianya akan timbul semula pada pilihanraya akan datang.

Hudud versi PAS sentiasa menjadi persepsi apabila tiba musim pilihanraya dan ini juga menjadi senjata kepada pakatan pembangkang dalam usaha untuk memburuk burukkan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. 

Namun apabila Nik Nazmi mengatakan sebegini, apakah tindakan PAS? Adakah mereka akan terus berdiam diri atau cuba untuk menjadikan ianya sebagai satu isu dimana PKR tidak menerima hudud?

PAS tidak boleh double standard dalam hal hal sebegini sekiranya mereka benar benar berjuang untuk mewujudkan undang undang Islam tersebut di Malaysia.

Share this article

1 Komen:

  1. Hapuskan SRJK(C)....sekolah ini menyebabkan semakin menebal sikap perkauman..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top