IPOH - Cubaan kali ketiga seorang pegawai Kastam untuk mendapatkan wang suapan daripada seorang pengusaha kedai runcit yang menjual rokok seludup di Changkat Jering, Taiping, gagal apabila dia ditahan di Trong dalam satu sekatan jalan raya, Isnin lalu.
Pegawai Kastam berusia 39 tahun itu dikesan melakukan perbuatan tersebut apabila dia didapati melarikan diri setelah diajak pengusaha terbabit ke balai polis untuk berbincang bagi menyelesaikan perkara itu.
Dalam kejadian pada hari sama dia ditahan, suspek telah meminta wang suapan sebanyak RM500 daripada pengusaha kedai berusia 71 tahun itu, namun pengusaha terbabit enggan memberikannya.
Difahamkan, pengusaha kedai berkenaan telah memberikan wang sebanyak RM1,000 kepada suspek sebelum ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan memaklumkan, cubaan suspek melarikan diri gagal apabila dia ditahan dalam sekatan jalan pada kira-kira jam 4.40 petang.
Menurutnya, seorang lagi pengusaha kedai runcit turut mengalami nasib sama apabila suspek meminta RM300 daripada ibu pengusaha berkenaan di Sungai Kerang, Taiping.
"Pengusaha kedai terbabit membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan oleh anggota dari Balai Polis Trong semalam (kelmarin). Siasatan awal mendapati suspek merupakan pegawai Kastam dari Pulau Pinang dan berasal dari Taman Simpang, Taiping.
"Selain itu, polis turut menemui kad kuasa Kastam, logo Kastam dan sejumlah wang tunai bersama suspek. Hasil semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengesahkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek adalah miliknya," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Katanya, kes tersebut telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Taiping semalam untuk tindakan lanjut.
- SUMBER
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....