Unit Cyber Polis Diperkukuhkan. Tahniah!!!!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengukuhkan bahagian Teknologi Maklumat (IT) bagi membanteras penyalahgunaan penyebaran maklumat palsu dan fitnah menerusi laman sosial dan internet.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata ini disebabkab penyebaran berkenaan adalah cabaran besar PDRM dalam menangani pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan laman sosial seperti menerusi Facebook, Twitter dan sebagainya untuk aktiviti yang tidak sepatutnya.
“Saya sudah mengarahkan pasukan komunikasi serta bahagian IT di Bukit Aman bagi meningkatkan lagi keupayaan kita untuk memerhati elemen tidak sihat ini,” katanya dalam temu bual di sini.
Justeru itu, PDRM membelanjakan RM500 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu untuk meningkatkan keupayaan anggota polis dalam menangani penyebaran maklumat salah, maklumat tidak tepat atau fitnah yang mampu menjatuhkan imej polis.
“Kita tahu sebelum ini kalau ada kematian di dalam lokap terus orang ramai mengeluarkan fitnah polis bunuh orang kena tahan (OKT) di dalam lokap.
“Ini tidak benar langsung, kalau ada polis yang melebihi kuasa mereka, mereka tetap akan dituduh di mahkamah dan dari dulu lagi kita tidak pernah menyembunyikan perkara ini,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



new questions about 789plus answered and why you m...

quantum computing in 2025 transforming industries ...

peja cukup alasan dan sesuai sertai ph

kelly ripa and lola consuelos legs and feet in tig...

insentif mahasiswa johor sesi 1 2025

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....