Nuffnang

OPS DAULAT : Jamalul Kiram NAIK HANGIN!!



GAMBAR fail menunjukkan Jamalul Kiram (duduk dua dari kanan) berada di rumahnya di bandar Taguig, selatan Manila pada 4 Mac lalu.-AFP 


MANILA – Jurucakap kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III membidas tindakan keras pasukan keselamatan Malaysia terhadap anggota keluarganya di Sabah termasuk salah seorang bapa saudaranya bernama Janjan, lapor portal berita InterAksyon.com semalam.


Menurut jurucakap itu, Abraham Idjirani, seorang bapa saudara Jamalul Kiram, Janjan, 72, dibunuh sama ada kelmarin atau semalam.


Idjirani membuat dakwaan itu sehari selepas dia mengesahkan penangkapan Datu Amirbahar Hushin Kiram dan isterinya oleh pihak berkuasa Malaysia di Semporna pada Sabtu lalu.


Amirbahar merupakan anak Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram.


Idjirani berkata, Janjan telah ditahan di Semporna pada minggu lepas.


Katanya, ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram memaklumkan mengenai nasib yang menimpa Janjan melalui perbualan telefon semalam.


“Dia (Janjan) telah ditahan dan dibunuh kerana dia saudara kepada Jamalul Kiram serta didakwa menjadi dalang ketegangan di Sabah.


“Namun, dia sebenarnya sudah menetap di Sabah sejak awal tahun 1990-an,” kata Idjirani.

Katanya, Amirbahar merupakan pemegang pasport Filipina.

Kumpulan pengganas Sulu itu menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu. – Agensi


- KOSMO

Share this article

6 Komen:

  1. Kalau xmenceroboh Malaysia kan xberlaku semua ini.. Sekarang nak salahkan Malaysia pula... Manusia jenis apa ni... Bertaubatlah, umurpun dah larut senja sangat2 dah tu...

    BalasPadam
  2. Mana like button kat sini? Aku sokong 100 peratus dgn tanpa nama 9am..Kiram , sifatnya tak sempurna tetiba je menuntut Sabah, ni mesti ada yang jadi batuapi ni..huhuhu

    BalasPadam
  3. kETURUNAN Kiram keturunan HARAMJADAH

    BalasPadam
  4. tobat2 la bah kan...rumah kata pergi..kubur kata mari...baik gi beramal sbg persediaan nak masuk kubur...

    BalasPadam
  5. Kenapa pulak si kiram nak naik angin pulak...jahanam punya sultan!! Tak sodar diri...memang patut pun suku sakat dia kena tangkap ataupun kena bom sampai matii...yg kena tangkap tu pulak layak untuk dihukum gantung! memang pengganas dan lanun pun diaorang ni.

    BalasPadam
  6. Spesis, suku sakat dn keturunan kiram suka pertumpahan.. patutpun daerah dia x pernah aman..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top