ALOR SETAR – Dua beradik lelaki terpaksa meringkuk di dalam penjara
selama 16 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini
semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kenalan mereka
gara-gara pergaduhan melalui laman sosial Facebook pada dua tahun lalu.
Mohamad Razif Arshad, 27, dan adiknya, Mohamad Rafik, 22, mengaku
bersalah atas tuduhan itu selepas pihak pendakwaan menawarkan tuduhan
pilihan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa
niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.
Sebelum itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memerintahkan mereka
menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 29
Julai 2011.
Razif dan Rafik mengaku bersalah menyebabkan kematian Mohd. Amran
Ramli, 20, di persimpangan Jalan Lobak 15, Taman Lobak Indah, Lunas di
Kulim dekat sini pada pukul 8.30 malam 29 Julai 2011. – Kosmo
BB : Gunalah kemajuan dan teknologi sebaik-baiknya
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....