Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai
hutang 1MDB kepada kerajaan?
-
PMX berkata hutang terbesar negara ialah 1MDB, tetapi beliau tidak
mendedahkan berapa banyak aset yang telah dikumpul oleh 1MDB, aset yang
berjumlah hamp...
Browse » Home » » LAGI PERKAHWINAN 1MALAYSIA DI R&R PAGOH
LAGI PERKAHWINAN 1MALAYSIA DI R&R PAGOH
PAGOH – Enam tahun lalu, Lim Bee Sin yang ketika itu berusia 19 tahun pernah meminta kerja di kedai nombor 8, Pagoh Kopitiam yang terletak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh Selatan Lebuh Raya Utara-Selatan di sini.
Tanpa berfikir panjang, pemilik kedai tersebut, Tai Lik Siang yang ketika itu berusia 22 tahun mengambilnya bekerja.
Semasa bekerja mereka sering bergurau senda dan tanpa disangka hubungan mereka menjadi semakin rapat.
“Selepas empat tahun, dia berhenti kerja dan mulakan kerja baharu di sebuah kedai di Melaka.
“Saya mencari dia kembali dan selepas bercinta selama dua tahun, kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” cerita Lik Siang yang kini berusia 28 tahun.
Bagi Lik Siang, R&R Pagoh Selatan menyimpan terlalu banyak kenangan percintaan sehingga mendorong mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan di R&R itu.
Dia berasa amat gembira kerana dapat mengadakan majlis perkahwinan itu yang dihadiri hampir 1,000 orang termasuk ahli keluarga, sahabat handai serta warga R&R tersebut.
Sumber : Blog Fyna
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....