Anfield - Jaringan Craig Bellamy pada minit ke 74 akhirnya membawa The Reds ke perlawanan akhir Piala Carling di Wembley Februari ini.
Perlawanan yang dimulakan dengan desas-desus pemecatan pengurus Kenny Dalglish sekiranya The Reds tewas kali ini menyaksikan penyerang Andy Carrol di bangku simpanan.
Momentum perlawanan berlangsung dalam keadaan yang amat rancak dengan Liverpool lebih banyak melancarkan serangan ke pintu gol City. Namun, jaringan cantik Nigel De Jong dari luar kotak penalti pada minit ke 31 telah membuatkan Anfield terdiam seketika.
Jaringan itu telah membawa ke agregat 1-1 dan ini telah membuka perlawanan yang lebih terbuka dan saling serang menyerang. Kegawatan di depan gawang City pada minit ke 39 telah menyaksikan bola terkena tangan Michah Richard yang menganugerahkan sepakan penalti. Seperti di Stadium Etihad tempoh hari, ketua pasukan Steven Gerrad tidak mensia-siakan peluang untuk menewaskan Joe Hart yang sebelum itu telah menafikan beberapa peluang jaringan Liverpool.
Perlawanan di separuh masa kedua menyaksikan Liverpool terus mengasak bertali arus ke kubu City. Tetapi seperti di separuh masa pertama, City yang akhirnya mendahului dengan jaringan Edin Dzeko pada minit ke 68.
Rental Preferences Aren’t Racism: They’re Risk Management – Landlords Face
Runaway Tenants, Damaged Properties, and Loan Burdens
-
The recent controversy over rental preferences in Malaysia is not about
racial discrimination. It is simply risk management — the same principle
every sm...




0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....