Nuffnang

#FBP: Perasmian dan Pelancaran 'Apa Kabar Bro'

Be the first to comment!


Putrajaya- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah merasmikan dan melancarkan segmen 'Apa Kabar Bro' bertempat di khemah pameran Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) pada jam  12.45 tengah hari tadi. Beliau yang diiringi Ketua Biro HELB saudara Anuar Manap turut bersama usahawan-usahawan belia sempena Festival Belia Putrajaya 2014. 






Khairy semasa ucapan perasmian berkata belia digesa supaya meneroka peluang yang ada dalam bidang usahawan kerana bidang ini sangat luas dan boleh memberi pendapatan yang lumayan. Pelbagai aktiviti diadakan di khemah pameran HELB seperti seminar dan ceramah perniagaan.
read more...

#FBP14 SENAMAN STREET MONKEY UNTUK BELIA YANG EXTREME

Be the first to comment!
       Festival Belia Putrajaya 2014 kali ini turut mempamirkan satu jenis senaman yang agak unik dan terdapat di Segmen Fight Club di Zon Selatan. Di kenali sebagai Street Monkey dibawa khas oleh Malaysia Street Workout Championship.

          Senaman yang menggunakan satu besi berpalang yang mana mereka yang terlibat dengan senaman ini dikehendaki bergayut dan membuat pelbagai aksi gerakan. mengutamakan kekuatan tangan dan perbagai anggota badan yang lain, senaman ini dilihat memerlukan kekuatan tenaga yang agak extreme. Para penggunjung yang ingin melihat dengan lebih dekat, sila lah datang berkunjung ke Segmen Fight Club di Zon Selatan.














read more...

#FBP14: Persembahan Kumpulan Orkestra JPAM Bangi

Be the first to comment!

Putrajaya- Persembahan kumpulan muzik Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang menamakan diri mereka kumpulan muzik Alpha mengadakan persembahan muzik berhadapan dengan Istana Kehakiman sempena Festival Belia Putrajaya 2014. Mereka mempersembahkan lima buah lagu moden.
read more...

#FBP14 : Couple Live! @FBP14

Be the first to comment!
Couple
Putrajaya:Pentas RantaiArt malam tadi digegarkan oleh kumpulan "otai" Indie Malaysia, Couple. Membawa lagu-lagu dari EP mereka, kumpulan musik yang ditubuhkan sekitar tahun 2004 ini ternyata masih berbisa apabila berjaya mengamatkan pentas.

Kumpulan yang diketuai oleh Mohd. Aidil Rusli selaku gitaris dan penyanyi membawa lagu-lagu yang pernah menjadi fenomena anak muda yang mengikuti pengembangan Underground Malaysia seperti, Rock N Roll, Tentang Kita, dan Pergi.


Akan berlangsung sehingga hari Ahad ini, Rantai Art merupakan platform kepada anak muda yang sering dahagakan kelainan ini menjanjikan pengalaman yang menarik apabila ia akan mengumpulkan penggiat-penggiat musik indie dari serata Malaysia. Untuk yang berminat untuk menyertainya, kawasan ini dibuka bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Terletak di ZON UTARA,segmen atau pentas yang terletak berdekatan dengan Menara Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) ini akan diteruskan dengan pelbagai acara yang menarik seperti aktiviti busking, deklamasi puisi dan sajak, persembahan seni, dan bermacam barangan 'rare' hasil anak tempatan boleh didapati di sini.

Video:-
read more...

#FBP14: KSU Kementerian Belia dan Sukan Bersama Sukarelawan

Be the first to comment!






read more...

#FBP14: Majlis Raja Sehari Mega


Putrajaya- Lebih 70 pasangan menyertai Majlis Raja Sehari untuk Karnival Mega Raja Sehari sempena Festival Belia Putrajaya 2014 yang diadakan di Masjid Sultan Mizan bermula jam 8 pagi tadi. Kehadiran keluarga terdekat para pengantin memenuhi ruang masjid dengan dimulakan sedikit penyampaian tazkirah oleh Imam masjid tersebut. Lapan orang imam menikahkan pasangan-pasangan tersebut selepas beberapa tazkirah selesai pada jam 9.30 pagi.















read more...

#FBP DATUK M SARAVANAN MELANCARKAN KARNIVAL PENDIDIKAN DAN INNA NAAM SECARA RASMI MALAM TADI

Be the first to comment!
Pada malam ini tadi segmen Karnival Pendidikan dan Inna Naam telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan. Beliau telah hadir di khemah penonton yang disediakan penganjur seawal jam 8.30pm bersama beberapa orang pegawai pengiring yang hadir bersama sama beliau. Beliau dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian lagu-lagu berbahasa tamil.

pada kemuncak majlis pelancaran tadi, Datuk M saravanan telah menyampaikan ucapan perasmian dan akhirnya melancarkan Karnival Pendidikan dan Inna Naam. Beliau juga turut menerima cenderahati dari penganjur dan turut bergambar bersama penganjur dan urusetia yang terlibat.





read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top