Nuffnang

MASYA ALLAH!!! Dalam 1 Jam Mayat Pengganas Berulat dan Mereput Akibat Ilmu Hitam

Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik. 


Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.


Gambar Hiasan

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.


"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.


Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.


"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.


Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.


Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.


"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.


Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.


Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.


Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.


"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka. 


"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat. 


- BERNAMA
read more...

Terkini!!! Pengganas Kiram DITANGKAP HIDUP-HIDUP





ALHAMDULILLAH....

Mana Kau Mau Lari?? Mana Ilmu "HILANG" kau??? Mana Ilmu Melompat Dari Pokok Ke Pokok??? Allah Maha Berkuasa......

Kali ini Tiada pertumpahan darah!!!! 

Dalam operasi di Kampung Tanjung Batu pagi tadi, seorang pengganas Kiram III berjaya ditangkap hidup-hidup.

Apa yang lebih menggembirakan, dilaporkan TIADA anggota keselamatan kita yang tercedera dalam  operasi ini.


read more...

EKSKLUSIF !!! Bohong La Kalau Kami Tak Trauma, Tapi Mahu Kekal Di Sini!!!!! - 18 Pejuang Negara Yang Terkepung Di Lahad Datu!!!

Hiba hati aakj bila dengar sendiri cerita bagaimana pertempuran yang menjadi sejarah duka negara kita..pertempuran yang menyebabkan gugurnya 6 syuhada dan terkepungnya 18 orang anggota polis dalam peristiwa serangan lahanat pengganas Kiram III d Kampung Simunul, Semporna Sabah.



Blogger AAKJ di Kg. Simunul. BB TABIK SPRING SAMA LU!!!


Di sebalik kisah ngeri anggota kita yang gugur syahid yang semua rakyat sudah sedia maklum kita seakan lupa bahawa trauma yang d hadapi oleh 18 orang anggota polis yang d kepung lebih dari 20 jam..mereka terperangkap dalam keadaan ada yang cedera..ada yang perlu menjaga tawanan dan ada yang perlu menjaga rakan yang cedera parah..lebih hiba bila ada yang jaga sahabat mereka yang telah kaku gugur syahid.

Aakj mengambil kesempatan menemubual sendiri anggota polis yang terlibat dalam peristiwa getir itu. Sambil bercerita, aakj lihat airmata sayu mula bergenang d mata anggota polis yang terlibat pada kejadian tersebut.

Sekali sekala aakj melihat anggota polis tersebut menggenggam erat senjata yang d bawanya..geram juga katanya..malah beliau mengatakan bahawa beliau seolah-olah tidak puashati kerana ada pengganas Kiram yang berjaya melarikan diri..

Semasa kejadian berlaku, beliau melihat sendiri bagaimana sahabatnya d tembak dari arah sisi..melihat sendiri bagaimana seorang sahabatnya cedera parah d tetak hampir putus kedua tangannya..tetakan d kepala menyebabkan darah mengalir laju membasahai lantai papan yang jarang..

Terlalu sebak bila kenangkan mereka terkepung dalam suram malam..makanan tiada, peluru pun hampir habis dan sahabat yang tercedera parah mula bertanya..'lambat lagikah bantuan tiba..?"

"Bohonglah saya kalau saya kata saya tidak trauma.." itulah kata-kata yang menyentuh hati aakj..menurut beliau..siang dan malam selepas kejadian ngeri itu, beliau bersama rakan yang lain berkongsi perasaan yang sama..TRAUMA..apalagi kami bertugas d balai ini sudah lama dan masyarakat d sini mengenal kami.samada yang baik maupun penjenayah pun mungkin kenal kami..

Aakj melihat sendiri semasa aakj mengikuti program Polis memberi penerangan kepada orang kampung

Aakj lihat mereka semuanya bertopeng semasa mengawal keselamatan penduduk dan OCPD ketika ceramah d jalankan semalam..Bila d tanya kenapa memakai topeng muka..beliau menjawab, mereka perlu lindungi muka mereka mulai hari kejadian tersebut d mana saja mereka berada..bimbang juga berada d khalayak ramai dan manalah tahu ada saki baki pengganas atau talibarut Kiram III yang ingin membalas dendam...

Malah menurut beliau, ada d antara rakan mereka yang masih menggigil ketika memegang senjata selepas kejadian itu..

Tambahnya lagi..kami bukan minta penghargaan seperti syuhada atau anggota lain yang tercedera..kami dengar ada guru-guru d beri kaunseling supaya hilang trauma mereka..kerana beliau dengar ada guru yang mohon pindah sekolah..

"Kami akan kekal d sini..kami takkan berganjak maupun di tukarkan.."

"Kalau boleh kami 18 orang ini d beri kaunseling agar hilang trauma yang kami hadapi..itu saja yang kami minta.."

Saat itu aakj berjanji dengan anggota yang terlibat..insyaAllah kiranya aakj kembali ke Lahad Datu, kembali ke pusat Media maka aakj akan sampaikan hasrat ikhlas ini..

Alhamdulillah..semalam aakj dapat bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Negara, ketika itu Tan Sri Khalid baru saja tiba ke Pusat Media Felda Residence..aakj terus sampaikan hasrat anggota polis yang terlibat dalam tragedi Simunul, Semporna..

"InsyaAllah..good idea..terima kasih..kita akan ambil perhatian serius.."

spontan keluar dari mulut Tan Sri..Alhamdulillah sahut aakj..terima kasih Tan Sri..mudah-mudahan moral anggota polis kita sentiasa d tahap yang amat tinggi..

Kepada Abang-Abang Wira Simunul..semoga anda semua baca apa yang aakj tulis ini..Aakj doakan anda semua d tenangkan hati oleh Allah swt..

Kepada Tan Sri..aakj ucapkan terima kasih kerana perihatin kepada semua anggota polis d bawah Tan Sri..

Kepada Rakyat Sabah..anda orang baik-baik..berilah kerjasama yang sebaiknya kepada mereka..ada d antara anggota polis bukan orang Sabah..tapi mereka jaga keselamatan semua dan mereka gugur demi pertahankan kita semua..

Kepada Rakyat Malaysia..janganlah kita lupa kepada Anggota Keselamatan kita yang tercedera maupun yang tidak cedera..mereka semua ke sana dengan satu tujuan..pertahankan kedaulatan negara kita !

Kalau ada pihak yang ingin lancarkan tabung mengenang budi dan jasa mereka..aakj ucapkan terima kasih..


BANYAK LAGI BERITA-BERITA EKSKLUSIF DARI "BLOGGER BERANI MATI AAKJ" YANG BERADA DI LAHAD DATU . KLIK SINI


BB : SIAPA KATA SEMUA BLOGGER PENIPU, TIDAK BERETIKA DAN TIDAK BERINTERGRITI
read more...

TERKINI OPS DAULAT 21 MAC 2013 (11.30 AM)

SIDANG MEDIA OPS DAULAT 21 MAC 2013 (11.30 AM)




PAT :

Seorang Pengganas Ditembak Mati dan Seorang Lagi Ditahan Dalam Pertempuran Petang Semalam Di Kg. Tanduo.

Pengganas Yang Ditahan Dalam Pertempuran Di Kg Tanduo Semalam adalah Seorang Wanita Berusia Dalam Lingkungan 40-an.

Anggota Tentera Yang Tercedera Semalam Kini Dalam Keadaan Stabil. Beliau Tercedera Di Pergelangan Tangan Kiri


TKPN :

Penilaian Ke Atas Kerosakan dan Tahap Keselamatan Akan Dibuat Terlebih Dahulu Oleh Pasukan Keselamatan Sebelum Penduduk Dibenarkan Kembali Ke Kg Tanduo

Prosiding pendakwaan terhadap lapan lelaki Filipina akan dijalankan pagi ini setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau

Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
read more...

40 ANGGOTA KESELAMATAN KAWAL MAHKAMAH TAWAU


TAWAU, 21 Mac - Mahkamah Tawau yang menempatkan Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi dikawal anggota pasukan keselamatan bersenjata sejak awal pagi Khamis.

Anggota polis tambahan mula memasuki perkarangan mahkamah pada 7.30 pagi menaiki dua lori polis dan beberapa kereta.




Kira-kira 40 anggota lengkap bersenjata berada di sekitar kawasan yang telah ditutup kepada orang awam bermula 5.30 petang semalam.

Kawasan luar mahkamah juga disita dan dikawal. Hanya pekerja mahkamah dibenar masuk ke mahkamah manakala wartawan hanya dibenar berada di luar kawasan.

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dilihat memasuki mahkamah pada pukul 8.23 pagi.

Prosiding pendakwaan terhadap lapan lelaki Filipina akan dijalankan di sini pagi ini setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 130KA kanun yang sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.

Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

- BERNAMA

read more...

DAH TAKDE KERJA LAIN KER?? BAR COUNCIL NAK BANTU TALIBARUT SULU!!!!!

Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah.

Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit akan mula di dakwa bermula 20 Mac 2013.


Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit.

Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri.

Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut.

Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan para pengganas.

Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada sahaja yang di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera muncul menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak asasi manusia. 

Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama Islam pun mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi apa sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut sama membantu golongan pengganas, tak gitu?

Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan pengkhianat dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang terkorban tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai diperlakukan.

Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk sangat nak mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila.

Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk Presiden baru Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan terbabit, kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok jugalah keadaan sekeliling. 

Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga kepada perajurit kita yang terkorban. 

Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu, tapi kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan.

Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan sandaran, Majlis Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi atau terbuka, cukuplah sekadar menyerahkan tugasan 'kemanusiaan' itu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya sah...

read more...

EKSKLUSIF!! HERO Bunuh Pengganas Di Kg. Senallang Bakal Terima PENGIKTIRAFAN!!


Peristiwa pada pagi 3 Mac lalu, penduduk kampung bertindak nekad memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam sebelumnya.

Dalam insiden 7 pagi itu, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama.

Selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa “saya yang menembak polis malam tadi”.

Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang.

Penduduk kemudian mengambil keputusan menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung tersebut.





Turut bersama kami ialah Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah.

Ketibaan kami disambut penduduk kampung yang tak sabar-sabar menunggu Mohd. Firdaus untuk meluahkan perasaan mereka.

Ini kerana ramai yang mula bimbang sekiranya pihak pengganas datang semula ke situ dan membalas dendam.

Namun penjelasan Mohd. Firdaus ternyata melegakan hati penduduk.




"Kami (polis) berjanji akan bersama-sama penduduk di sini untuk mempertahankan kedaulatan negara kita, lebih daripada itu, sebuah balai mungkin akan diluluskan untuk dibina di sini dan kita sedang berusaha ke arah itu,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir.

Sementara itu Mohd. Firdaus memberitahu PDRM sangat menghargai jasa penduduk kampung berkenaan di atas semangat keperwiraan mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa berhadapan dengan pengganas terbabit.

Katanya, ia merupakan satu pengorbanan luar biasa kerana musuh yang mereka hadapi itu bukan calang-calang, malah lengkap dengan senjata automatik.

"Saya berpendapat yang jasa mereka perlu dipertimbangkan untuk diberi pengiktirafan yang sewajarnya, ia akan diumumkan nanti bila tiba masanya,” katanya. 

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top