Nuffnang

HIMPUN : TANGISAN PEJUANG KERANA HASAN ALI

Hasan Ali buat umat Islam menangis di Penang..

Dahsyat betul penangan Hasan Ali di Program Himpun Kepala Batas ni beb.., sampaikan menangis-nangis para hadirin termasuk puak-puak PAS yang hadir..Bacaan doa munajat yang Hasan Ali alunkan untuk memohon keredhaan Tuhan diatas perjuangan memartabatkan akidah, memang cukup menyentuh perasaan..Sayangnya gua tak sempat nak buat rakaman video sebab bateri kamera gua nak habis.. Tapi gua sempat snap gambar-gambar syahdu di program tu untuk kongsi bersama korang..Gua teringat lagi kata-kata Hasan Ali..., "hanya iman dan aqidah saja yang mampu menyatukan bangsa melayu di negara ni"..

Baca lagi di sini
read more...

ROSMAH NAK SAMAN ISU SHOPPING?

DALAM masa beberapa hari kebelakangan ini, balaci pembangkang terpaksa menelan ‘kemaluan’ sekali lagi apabila tukang punya kedai yang konon Datin Seri Rosmah membeli belah itu tampil memberi kenyataan bahawa bukan Rosmah yang berbelanja beratus ribu, sebaliknya perbelanjaan seluruh anggota rombongannya. Ini dosa besar tau, memfitnah orang baik-baik dan cantik macam isteri Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia tidak mahulah fitnah-fitnah macam ini menjadi budaya pula, walaupun pembangkang mengangkat budaya memfitnah ini sebagai ‘method suci’ untuk memburukkan Datin Sri, rakyat tidak akan menerima sama sekali pendekatan tersebut. Yang teruja dan tidak terkawal perasaan dengan fitnah yang macam ini ialah pembangkang dan macai-macai upahannya. Pantang saja ada berita yang boleh diguna untuk menghentam Datin Seri, tak tangguh-tangguh lagi untuk disensasi.Benar, akhbar luar negara itu yang siarkan tapi siapa pula yang sensasikan, siapa minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat? Kalau bukan pihak pembangkang.

Dan siapa pula yang nak bertanggungjawab dengan komen-komen negatif yang dilemparkan dalam blog-blog dan portal berita belaan pembangkang terhadap Rosmah lanjutan dari ‘pensensasian’ berita tersebut?Sebenarnya, lagi banyak yang buruk macai cakapkan tentang Rosmah, beliau makin steady penulis nampak. Satu calar pun takde pada dirinya akibat dari relentless effort pembangkang untuk discredit Datin Seri.

Dalam soal saman ini begitu jugalah.Buat apa Datin Seri menyaman wartawan Gay dan akhbar yang menyiarkannya bila berita tersebut sudah sah sah palsu oleh pemilik kedai sendiri? Bila saman, berapa banyak pula wang yang perlu dibayar Datin Seri untuk khidmat guaman di Australia, tidak termasuk kos ulang alik ke negara tersebut untuk memberi keterangan di mahkamah? Saksi-saksi lagi, pernahkah semua ini terfikir dalam kepala otak balaci pembangkang? Nanti kalau saman, dipersoalkan pula dari mana datangnya kos, macam mana peroleh duit sebanyak itu dan sebagainya.

Tapi for sure, yang mempersoalkannya itu orang lain, yang mencadangkan orang lain.Taktik semua ini dah ada dalam kepalalah.Penulis dah lama tau pendekatan busuk dan buruk pembangkang. Dia buat tuduhan, kita jawab, dia konar, kita jawab, dia konar lagi, kita jawab lagi dan entah sampai bila kesudahannya pun tak tau. Penyakit ini biasa, cuma belum ada doktor atau jurnal perubatan yang mengesahkan ianya sebahagian daripada sakit mental at

au gila, kalau tidak, dah lama ramai yang disumbat masuk ke hospital bahagia.Lagipun penulis yakin, kalau ambil tindakan saman, Datin Seri terpaksa mengeluar duit sendiri. Maklumlah, pemimpin UMNO dan ahli keluarga mereka bukan ada resmi bayar yuran guaman untuk kes peribadi guna wang rakyat macam mana kerajaan Selangor buat, bayar yuran guaman ke atas ADUN Sri Muda kerana menghina Sultan Selangor.Peguam yang dibayar itupun juak-juak Pakatan harami juga.Lagi baik duit yang ada diguna untuk keperluan yang lebih mendesak, ada juga faedahnya.-mykmu.net-
read more...

DATUK SITI NURHALIZA, RABBANI BERGABUNG




KONSERT percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah, disifatkan cukup istimewa kerana menggabungkan dua ikon popular industri hiburan tempatan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani.

Menurut salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abd Aziz, berkata, konsert berkenaan amat istimewa kerana merupakan gabungan penganjuran Rabbani Productions Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Production (SNP) yang telah sekian lama dirancang dan akhirnya terlaksana.

“Sebelum ini kami pernah bergabung dengan Siti Nurhaliza tetapi sebagai artis undangan sahaja. Kali ini, kami berpeluang menganjurkan bersama-sama konsert percuma ini khusus sempena sambutan Maulidur Rasul,” katanya kepada portal murai.com.my

Menyambung perbualan kata Azadan, lebih istimewa lagi, penonton yang hadir berpeluang mendengar lagu duet terbaru antara mereka bersama Siti Nurhaliza berjudul Muhammad Al-Ameen.

“Untuk konsert tersebut nanti, penonton akan disajikan dengan persembahan penceritaan berbentuk gurindam dan syair oleh Siti sendiri. Malah kepada yang hadir mereka berpeluang mendengar lagu duet terbaru kami berjudul Muhammad Al-Ameen.

“Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan,” jelasnya.

Selain acara konsert, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Malah turut diadakan secara ekslusif, Malam Gala Eksklusif

Bersama Dato’ Siti Nurhaliza dan Rabbani.Untuk acara ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500.

-Murai.com
read more...

CARLING CUP : LIV 2 - 2 MAN CITY (3-2)

Anfield - Jaringan Craig Bellamy pada minit ke 74 akhirnya membawa The Reds ke perlawanan akhir Piala Carling di Wembley Februari ini.

Perlawanan yang dimulakan dengan desas-desus pemecatan pengurus Kenny Dalglish sekiranya The Reds tewas kali ini menyaksikan penyerang Andy Carrol di bangku simpanan.




Momentum perlawanan berlangsung dalam keadaan yang amat rancak dengan Liverpool lebih banyak melancarkan serangan ke pintu gol City. Namun, jaringan cantik Nigel De Jong dari luar kotak penalti pada minit ke 31 telah membuatkan Anfield terdiam seketika.

Jaringan itu telah membawa ke agregat 1-1 dan ini telah membuka perlawanan yang lebih terbuka dan saling serang menyerang. Kegawatan di depan gawang City pada minit ke 39 telah menyaksikan bola terkena tangan Michah Richard yang menganugerahkan sepakan penalti. Seperti di Stadium Etihad tempoh hari, ketua pasukan Steven Gerrad tidak mensia-siakan peluang untuk menewaskan Joe Hart yang sebelum itu telah menafikan beberapa peluang jaringan Liverpool.

Perlawanan di separuh masa kedua menyaksikan Liverpool terus mengasak bertali arus ke kubu City. Tetapi seperti di separuh masa pertama, City yang akhirnya mendahului dengan jaringan Edin Dzeko pada minit ke 68.
read more...

CARDIFF CITY LONJAK NAMA MALAYSIA




KUALA LUMPUR – Kejayaan Cardiff City mara ke perlawanan akhir Piala Liga semalam turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menganggap ia satu kebanggaan buat negara.

Kelab dari Wales itu yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga selepas menumpaskan Crystal Palace menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir kedua.Menurutnya, selain dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia, kelab yang beraksi di divisyen satu di England itu turut memakai jersi yang tertera nama negara dan ia layak untuk disebutkan sebagai satu sejarah.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini, kita juga masih mempunyai dua kelab di Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dan Aston Villa di mana pada jersi kedua-dua pasukan tersebut mempunyai kaitan dengan Malaysia,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Simulasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.Jelasnya, kejayaan tersebut bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia tetapi turut menjadi bualan di peringkat antarabangsa.

Kelab yang terkenal dengan nama jolokan Bluebirds itu layak ke saingan akhir buat pertama kali dan pernah muncul juara Piala FA pada 1927 serta dua kali meraih gelaran naib juara pada 1925 dan 2008.Sumber-UtusanShort URL: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=6325
read more...

PANAS : PEJUANG BANGSA DEDAH PUTAR BELIT MALAYSIAKINI

Malaysiakini malu besar,pereka fesyen dedahkan cerita sebenar !

25 Januari 2012, Pejuang Bangsa - Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komennya, Kapp berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald."Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati."... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam.

"Frockwriter melaporkan pada 17 Januari lalu, berdasarkan temubual dengan Kapp, bahawa "Rosmah telah menempah 61 helai sutera"."Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula pada harga A$400 dan hingga ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntington.Penulis kolum Andrew Hornery pula melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri membuat "tempahan pakaian kira-kira A$100,000 di butik (Kapp) semasa bercuti di Sydney.

Menurut Kapp, artikel tersebut juga "tidak tepat" apabila mengatakan bahawa beliau "diterbangkan ke Malaysia bulan depan" semata-mata untuk faedah Rosmah.Sebaliknya, kata beliau, lawatan ke pelbagai tempat di rantau Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan saluran pemasaran barangannya dan untuk mendapatkan bahan bagi produk masa depan, adalah perkara biasa dalam urusan kerjanya dan perniagaan. -malaysiakini

read more...

BELIA INDIA TOLAK MEDIA SOSIAL

NEW DELHI: Belia bandar India kini mengalami “kelesuan” media sosial yang mendorong sesetengah mereka memadamkan akaun Facebook dan laman sesawang lain.


Gambar Hiasan

Kajian Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri India (ASSOCHAM) mendapati, golongan belia negara itu mula mendapati media sosial membosankan, mengelirukan, mengecewakan dan membuang masa.

“Justeru, mereka mula mengalami kelesuan media sosial dan semakin kurang memasuki akaun masing-masing seperti di Facebook, Google+, Twitter dan Orkut, “ kata laporan berkenaan.

Kajian itu membabitkan 2,000 belia berusia 12 hingga 25 tahun di 10 bandar raya.

Ekoran “kelesuan” itu, golongan muda India kini lebih gemar menggunakan aplikasi telefon bimbit seperti Blackberry Messenger, WhatsApp, Nimbuzz, atau Google Talk yang membolehkan mereka berborak dengan rakan masing-masing. Kira-kira 55 peratus responden berkata, mereka sengaja mengurangkan masa untuk melayari media sosial berkenaan.

Lebih separuh daripada 55 peratus itu juga mengaku mereka sebenarnya tidak lagi mengaktifkan akaun masing-masing atau memadamkannya secara langsung. - AFP

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top