Nuffnang

IKON BELIA

Khairy Jamaludin, Dato Siti Norhaliza, Dato Sheikh Muzaffar, Dato Lee Chong Wei, Irfan Khairi dan ramai lagi.





Ini adalah hanya segelintir belia yang diangkat sebagai ikon mereka. Adakah mereka ini masih kekal sebagai ikon di kalangan anda?

Bagi generasi muda, istilah ikon atau idola merujuk kepada individu atau kumpulan yang menjadi rujukan, panduan, impian, atau pujaan mereka. Ikon mereka boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang dirasakan mempunyai perwatakan, karisma dan 'aura' yang tersendiri yang memenuhi citarasa mereka.

Dato Lee Chong Wei dan Dato Nicol David mungkin menjadi ikon atau idola belia kita terutama mereka yang bergiat aktif di dalam sukan. Tetapi kedua-dua mereka tidak semestinya menjadi ikon atau idola kepada para belia yang tidak meminati bidang sukan. Begitu juga halnya belia yang meminati Dato Siti Norhaliza begitu memuja dan mengkagumi beliau. Tetapi, para pengikut 'metal' tidak mungkin meminatinya dan mungkin juga langsung tidak mengenali beliau.

Bagaimana dengan anda semua? Siapa yang menjadi ikon atau idola anda?
read more...

ZARINA ANN JULIE : SEKSI DAN HANGAT DALAM FHM INDONESIA

From Malaysia with Love???


Pelakon yang pernah menghangatkan dunia artis seketika dulu kembali menghangatkan. Kalau dulu di Malaysia, kini muncul dalam majalah seks di Indonesia pula. Hmm....entahlah. Rasanya akan ada ramai belia yang akan bangkit selepas melihat gambar ini.

Makluman diperolehi dari http://sejarahmelayu.blogspot.com/
read more...

SUKAN SEA : HARIMAU PERLU BAHAM SANG GAJAH

JAKARTA – Pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) percaya pasukan negara akan bangkit dengan keputusan lebih baik berbanding berkongsi mata dengan Singapura kelmarin, apabila berdepan Thailand hari ini.

Menurut Hamidin, walaupun memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan satu mata, ia disifatkan baik berbanding jika menamatkan aksi tanpa mata, kelmarin.
Jelas beliau, sebagai juara bertahan, sudah pasti Malaysia memikul tekanan pada aksi pertama.
“Aksi pertama kelmarin tidaklah terlalu buruk. Jika dikaji, kita juga pernah kalah pada aksi pembukaan ketika saingan Piala Suzuki AFF, juga pada kejohanan-kejohanan lain.
“Lagipun berdasarkan rekod pertembungan kita dengan Singapura, ia menjadi perlawanan yang sukar, baik di pihak kita mahupun Singapura.

“Jadi kita harap setelah pemain mula merasai kehangatan sebenar kejohanan di sini pada perlawanan pertama kelmarin, mereka harus bangkit dan mencatat keputusan yang menggembirakan peminat pada aksi kedua menentang Thailand esok (hari ini).

“Saya yakin setelah kita bermula dengan seri, esok (hari ini) kita mampu menjelmakan keputusan yang diharapkan apabila berdepan Thailand esok,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mengulas lanjut pertembungan dengan Thailand hari ini, Hamidin berkata, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia.
“Mungkin ramai yang berpendapat kita boleh menyifatkan Kemboja sebagai lawan mudah tetapi tanggapan seperti itu harus dibuang oleh pemain.



“Saya tegaskan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sukar, semua lawan adalah kuat apatah lagi menentang Thailand” katanya.

Mengulas insiden penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Negaraku pada aksi pertama kelmarin, Hamidin berkata, dia memang menjangkakan gelagat sedemikian.

“Saya sudah ada pengalaman sedemikian. Namun, pemain kita sudah bersedia menghadapi gangguan dan provokasi sedemikian. Gelagat penyokong mereka tidak menjejaskan mental dan emosi pemain,” katanya. – Utusan
read more...

CARDIFF CITY CUNGKIL 'PELE MALAYSIA'

Pemilik kelab Welsh dari Malaysia berazam untuk meningkatkan bola sepak di negara Asia Tenggara dan percaya bahawa kepakaran Cardiff City akan memberikan manfaat yang berguna.

Pemilik Malaysia-Cardiff City telah mengumumkan kerjasama dengan Felda, pemilik tanah terbesar di Malaysia, untuk membantu membangunkan bola sepak peringkat akar umbi di seluruh negara Asia Tenggara.

Pengerusi Bluebirds, Dato Chan Chien Ghee telah bergabung tenaga dengan pelabur Malaysia dan rakan-rakan beliau dalam mewujudkan pendidikan bola sepak yang berjaya di bawah panji-panji '1 Malaysia Cardiff City Projek '.

Sokongan pasti dan organisasi yang sesuai di sebalik projek ini dapat melihat 30,000 anak-anak luar bandar Malaysia yang mendapat manfaat besar daripadanya dan Dato Chan amat yakin ia sebagai kejayaan keseluruhan program.

"Ini merupakan satu lagi tanda komitmen kepada kelab ini. Kami akan membawa kejayaan Cardiff City untuk Malaysia.
Secara peribadi, saya komited untuk bola sepak peringkat akar umbi di Malaysia, "katanya kepada Online Wales.

"Kita perlu mendekati kanak-kanak, bukan sahaja dalam teknik bola sepak, tetapi juga dalam pembentukan peribadi.
Kami telah sampai ke luar bandar - dan ada banyak bakat di luar sana di kawasan luar bandar ".

Beliau menambah: "Pele ditemui di jalan-jalan belakang negara sendiri - dan lihat apa yang dia capai. Siapa tahu?
Kita boleh mencari permata di masa depan, tetapi kami mahu lakukan jauh lebih daripada mencari satu, mungkin dua, pemain yang berkualiti.

"Cardiff City telah berbangga untuk bekerja dengan masyarakat tempatan.
Bola sepak adalah satu alat yang berpengaruh apabila ia dikaitkan kepada pembangunan belia.

Dato Chan juga tidak sabar-sabar untuk meningkatkan taraf kemudahan dalam bola sepak Malaysia, yang menyatakan bahawa sudah sampai masanya bagi negara mempunyai stadium dan padang yang berkualiti tinggi.
"Kami sedang berunding untuk mengambil alih stadium tertentu yang akan mempunyai jenama Cardiff kepada mereka.
Mereka akan membantu bola sepak akar umbi, manakala standard dan kemudahan padang mesti baik seperti Stadium Cardiff City, "katanya.

"Keseluruhan projek ini, walaupun masih jauh di luar pra-musim, jauh menjangkaui bola sepak komuniti. Pasukan Liga Perdana Inggeris telah melawat Malaysia untuk pameran, tetapi apa yang Cardiff City lakukan lebih jauh daripada itu".


dipetik drp goal.com
read more...

ELIZABETH WONG DIBOGELKAN SEKALI LAGI

Panas....panas....
Isu kemasukan peninju Muay Thai dari Israel terus dibongkar oleh blogger-blogger yang setia mempertahankan kebenaran. Kalau sebelum ini kecoh Menteri Belia, Dato Ahmad Shabery Cheek diserang kerana dikatakan memberi kebenaran peninju tersebut dibawa masuk bertanding di Malaysia, tapi rupa-rupanya usaha membawa masuk Ilya Grad ini telah bermula dari tahun 2009 lagi.

Bukan setakat itu, siap dengan perjanjian pulangan berapa peratusnya daripada jumlah penajaan serta dari jumlah jualan tiket seperti mana yang didedahkan oleh blog MIK. Saya sertakan tulisan MIK untuk tatapan anda semua.

.....................................


Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realiti , ‘The Challenger Muay Thai’ yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong.

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.

“Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Demikianlah petikan respon yang diberikan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang cuba sedaya upaya menepis penglibatan kerajaan Khalid Gagap dalam isu peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai satu pertandingan dinegara ini.

Dibawah ini, disajikan bukti sahih penglibatan kerajaan Negeri Selangor yang membelanjakan Wang Rakyat Selangor sebanyak RM5 Juta untuk program yang melibatkan penyertaan peninju Israel, Ilya Grad. Iya, WANG RAKYAT Selangor sebesar RM5,000,000.00...!!!


Sebagai Exco, Elizabeth adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, dimana Tourism Selangor Sdn Bhd berada dibawah portfolio tersebut.

Tersangat mustahil sekiranya pihak Kerajaan Negeri Selangor menyatakan tidak tahu menahu mengenai penyertaan peninju dari Israel akan hadir, memandangkan tajaan RM5 Juta telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Disember 2009 lagi dan surat diatas dikeluarkan pada 3 Disember 2009...
read more...

LADY GAGA MELANCARKAN YAYASAN MEMPERKASA BELIA

LG

Dipetik daripada suaragenerasibaru.com

LADY GAGA on Wednesday launched the Born This Way Foundation to support programmes dealing with youth empowerment and help people facing bullying and abandonment.
The foundation, named after the Grammy-winning singer’s hit album and single of the same name, was launched by Lady Gaga and her mother, Cynthia Germanotta.

“My mother and I have initiated a passion project,” the singer said in a statement. “Together we hope to establish a standard of Bravery and Kindness, as well as a community worldwide that protects and nurtures others in the face of bullying and abandonment.”
It follows on the singer’s interests in supporting gay rights and being outspoken on issues affecting youth.

The Born This Way Foundation will be work closely with the John D. & Catherine T. MacArthur Foundation and The California Endowment, both focusing on youth empowerment.
The Foundation will also work with the Berkman Center for Internet & Society at Harvard University, which focuses on the power of the Internet as a means to promote change.

The singer has harnessed the power of the Internet to attract more than 44 million fans on Facebook and 15 million followers on Twitter.

Source-The Star

Short URL: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=2593
read more...

PISAU.NET : UNTUNGNYA KAKITANGAN AWAM YANG MENYOKONG PAKATAN

Pagi ini penulis tertarik melihat tajuk sebuah blog "Untungnya Kakitangan Awam Yang Menyokong Pakatan" dari blog Pisau.net. lantas ingin berkongsi bersama pembaca di beliabangkit.
............................................................................................

Mereka mahu melaksanakan sistem merit,kalau kamu sekadar BANGSA MELAYU TAPI BANGGANG JANGAN HARAP NAK DAPAT KERJA KERAJAAN. Mengurangkan jumlah kakitangan awam yang majoritinya adalah MELAYU adalah satu langkah yang baik.Memandangkan konsep Malaysian Malaysia dan kesamarataan harus dilaksanakan tanpa mengira bangsa mana yang menjadi MAJORITI dinegara ini.

Justeru,Pisau rasakan jika sistem merit ini dilaksanakan maka kakitangan awam akan dipenuhi oleh golongan cerdik pandai kerana kita semua tahu graduan universiti bumiputra bukannya pandai CGPA pun cukup makan,mereka hanya mendapat tempat diuniversiti atas kuota sebagai bumiputra dan MELAYU. Maka tempat sebagai penjawat awam harus diisi oleh graduan universiti yang tak suka "berdemo" dan "berpolitik" yang semua orang tahu sudah tentu CGPA nya cemerlang dan 'terbilang'






Jika Pakatan Pembangkang memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun, termasuk mengambil contoh cara negera China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan. Bagi kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, mereka akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.

Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Pembangkang dapat memerintah kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

"Pakatan Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat.

Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan Bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan daripada orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan. Dalam seminar itu, selain Tony Pua Kiam Wee, turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor. Mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang mengambil berat tentang Bajet 2012.

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.Sumber: Sinchew Daily News m/s 9, 1 November 2011-


Read more: http://www.pisau.net/2011/11/untungnya-kakitangan-awam-yang.html#ixzz1cby8VSl5

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top