Khairy Jamaludin, Dato Siti Norhaliza, Dato Sheikh Muzaffar, Dato Lee Chong Wei, Irfan Khairi dan ramai lagi.
Ini adalah hanya segelintir belia yang diangkat sebagai ikon mereka. Adakah mereka ini masih kekal sebagai ikon di kalangan anda?
Bagi generasi muda, istilah ikon atau idola merujuk kepada individu atau kumpulan yang menjadi rujukan, panduan, impian, atau pujaan mereka. Ikon mereka boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang dirasakan mempunyai perwatakan, karisma dan 'aura' yang tersendiri yang memenuhi citarasa mereka.
Dato Lee Chong Wei dan Dato Nicol David mungkin menjadi ikon atau idola belia kita terutama mereka yang bergiat aktif di dalam sukan. Tetapi kedua-dua mereka tidak semestinya menjadi ikon atau idola kepada para belia yang tidak meminati bidang sukan. Begitu juga halnya belia yang meminati Dato Siti Norhaliza begitu memuja dan mengkagumi beliau. Tetapi, para pengikut 'metal' tidak mungkin meminatinya dan mungkin juga langsung tidak mengenali beliau.
Bagaimana dengan anda semua? Siapa yang menjadi ikon atau idola anda?
Pusat Reintegrasi Bagan Datuk bernilai RM123 juta, siap Mei 2030 kukuhkan
sistem koreksional negara
-
Oleh Zihan Zari KUALA LUMPUR – Projek Pembinaan Pusat Reintegrasi Bagan
Datuk, Perak bernilai RM123 juta dijangka memberikan manfaat yang besar
kepada Jaba...




0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....