Nuffnang

HIDUNG BERDARAH : Apa Sebenarnya Terjadi Pada Tun Mahathir?


KUALA LUMPUR: Hidung Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berdarah sewaktu beliau menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di ibu negara pada Selasa.

Ketika sidang media, Tun Dr Mahathir dilihat beberapa kali mengesat hidungnya menggunakan tuala tangan.

Bagaimanapun selepas beberapa soalan diajukan, perdana menteri kemudiannya dibawa keluar dari majlis terbabit.

Salah seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri mengesahkan kejadian.
"Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami sedikit pendarahan hidung, bagaimanapun beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan.

"Beliau bertugas seperti biasa. Berita yang mengatakan beliau bergegas untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar," kata pegawai terbabit dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun Tun Dr Mahathir dilihat dalam keadaan sihat dan sempat menjenguk pameran kenderaan Biodiesel di PIPOC 2019.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top