Nuffnang

TERBAIKLAH : CUEPACS Cadang Potongan Gaji Penjawat Awam!!!


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan pemotongan RM10 gaji kakitangan awam pada bulan Ogos untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dpanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

"Setelah mesyuarat buat kali pertama pada tahun ini Cuepacs telah memutuskan supaya penjawat-penjawat awam menyumbang secara sukarela kepada Tabung Harapan Malaysia.

"Secara majoritinya Kongress telah bersetuju untuk memanjangkan cadangan ini kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan serta agensi kerajaan," kata Azih dalam sidang akhbar hari ini.

Sehingga kini Tabung Harapan Malaysia telah menerima sejumlah RM132,075,418.12 dari orang perseorangan dan syarikat. Tabung tersebut bagi membiayai pembayaran hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion.

Azih berkata, pihak Cuepacs berharap penjawat awam dapat menyumbang secara ikhlas.

"Kami tidak mengenakan apa-apa paksaan kepada mereka dan kami berharap mereka menganggap ini adalah sebagai kerja kebajikan untuk negara.

"Harapan dan sasaran kami adalah sebanyak RM10 juta dan hasil kutipan tersebut akan kami umumkan," kata Azih. - UTUSAN ONLINE
Share this article

2 Komen:

  1. kepala hotak ko.. org suruh ko fight naik gaji.. fight bonus.. fight kebajikan penjawat awam.. yg ko pulak pegi cadang potong gaji penjawat awam tu apehal bahalol? dasar penjilat tapak kaki ko ni.. bodoh...

    BalasPadam
  2. SI azih ni penjilat tegar, kenalah buat sesuatu kalau tak nanti kena letak jawatan!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top