Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh atau tidak mahu menyelesaikan kemelut yang mula menular dalam PKR. Mungkin ini politik semata-mata.
Pergeseran antara Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi Ramli dikatakan semakin membengkak. Pergolakan ini mampu menggugat kemampuan PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), tetapi Anwar seakan-akan membiarkannya dengan agenda tertentu.
Ada pendapat mengatakan Anwar menyebelahi Rafizi dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kempen politik dalaman PKR.
Ada yang mendakwa kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dicatur Azmin menyebabkan Anwar tersepit lantas terpaksa menyokong. Apa sebenarnya yang berlaku? Politik apa yang dimainkan Anwar sehingga memecahbelahkan PKR yang merupakan wadah perjuangan menyokong beliau dalam gerakan Reformasi.
Bermula dengan kejutan Anwar yang dikatakan bersetuju membenarkan PH bergabung dengan Dr Mahathir. Alasan menerimanya atas landasan berjiwa besar dengan satu motif – menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Satu tindakan yang amat drastik dalam keadaan Pakatan Rakyat (sebelum ini) sedang mendahului sokongan rakyat berbanding Barisan Nasional pada PRU13.
Sungguhpun pada awalnya kepimpinan PKR Selangor di bawah Azmin tidak bersetuju dengan pengumuman Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-7, tetapi ini dikatakan satu gimik.
Azmin dan PKR Selangor kemudiannya menerima Dr Mahathir dan dalam kelambu PKR – spekulasi mengatakan Azmin sebenarnya yang menguruskan sokongan PKR terhadap Dr Mahathir.
Anwar bukan ahli politik setahun jagung. Beliau arif dalam percaturan politik dan penerimaannya terhadap PH dan Dr Mahathir amat mengejutkan.
Kita maklum sewaktu Deklarasi Rakyat ditandatangani – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar tidak hadir – sungguhpun Izzah sebelum ini dikatakan bersetuju. Ini hanya menggambarkan Anwar juga tidak setuju dengan Deklarasi Rakyat yang dimulakan Dr Mahathir secara umumnya.
Oleh itu, apa kena-mengena dengan perpecahan dan pergeseran dalam PKR, khususnya sewaktu pemilihan calon PKR untuk PRU14. Beliau tahu perpecahan akan berlaku, tetapi tidak nampak usaha untuk memulihkan perpaduan antara Azmin dan Rafizi.
Apakah sebenarnya pergeseran ini diperakui dan direstui Anwar? Adakah mungkin Anwar tidak menerajui penentangan terhadap Azmin?
Adakah mungkin gerakan untuk menutup pengaruh Azmin berpunca daripada kehadiran Dr Mahathir yang selalu dikaitkan dengan Azmin.
Ini bukan soal menyebelahi Wan Azizah kerana untuk Anwar mempengaruhi Wan Azizah, bertindak atas arahannya adalah mudah.
Keadaan hari ini – seakan diperakui Anwar untuk mematahkan pengaruh Azmin. Usaha pembasmian Azmin dan pengaruhnya dikatakan digalas Rafizi, pemimpin yang rapat dengan Wan Azizah.
Wan Azizah akan menuruti apa sahaja yang telah dan diarahkan suaminya, Anwar dan usaha untuk membasmi Azmin dan pengaruhnya dipercayai hasil restu ketua umum PKR itu.
Mungkin Anwar sudah hilang kepercayaan kepada Azmin yang bijak membuat percaturan politik dalam PKR dan memperlihatkan sokongan terhadap beliau meningkat.
Untuk mencatas pengaruh ini, langkah sesuai adalah melalui pemilihan calon – menyingkirkan calon kem Azmin dan sekaligus memperkecilkan pengaruh Azmin.
Sebenarnya, kita harus sedar kalau Anwar tidak mahu Azmin diserang – semestinya presiden PKR akan bertindak sedemikian dan jikalau ia di sebaliknya, maka presiden PKR akan turut memperakuinya.
Apa yang jelas kelihatan ialah kehadiran Wan Azizah berdasarkan restu Anwar dalam menentang dan membantutkan pergerakan dan pengaruh Azmin.
Sekali lagi dipersoalkan kenapa? Adakah ini berlaku atas kekecewaan Anwar melihat Azmin membawa masuk Dr Mahathir? Dalam parti juga tahu apa peranan Azmin dan penyokongnya yang mengusahakan kehadiran Dr Mahathir.
Hari ini, pengaruh Dr Mahathir membesar dalam parti dan juga PH. Ironis sekali – sewaktu pengumuman calon Selangor oleh Wan Azizah – laungan “Reformasi” dan “Hidup Tun” kedengaran, sementara komitmen membebaskan Anwar dan menuntut keadilan semakin suram.
Amat janggal bagi kita yang pernah menyertai gerakan Reformasi dengan kehadiran demonstrasi untuk menentang Dr Mahathir dan menggesa Dr Mahathir meletak jawatan, hari ini bersama orang yang pernah ditentang dahulu. Ada kalanya ia terasa sebagai satu pengkhianatan dalam perjuangan.
Justeru, bolehkah kita menyimpulkan Azmin mempunyai agenda tersendiri dengan membawa masuk Dr Mahathir ke dalam gabungan pembangkang itu?
Bolehkah kita menyimpulkan Azmin sudah memperluaskan pengaruh politiknya dalam PKR untuk memastikan percaturannya dengan Dr Mahathir berjaya – khususnya untuk politik diri dan orang tertentu?
Bolehkah kita juga menyimpulkan Anwar sendiri terpaksa mengatur usaha untuk memintas kartel Azmin dalam mendominasi PKR?
Sungguh malang sekali, PKR berubah daripada sebuah wadah perjuangan memastikan keadilan untuk rakyat terbela kepada permainan sumbang politik bagi melunaskan kehendak dan cita-cita tertentu.
Ishak Zaman ialah pembaca FMT. - SUMBER
Ayooyoo, apa sudah jadi, PKR sudah kena hijacked dgn org luar?
BalasPadamPKR parti kencing rakyat.. dari madey dia dtg kpd madey dia dikembalikan..
BalasPadamapa yang kau merepek ni bahlol
BalasPadamJangan jealous.
BalasPadamDr dulu aku dah minta belia bangkit.
Tapi korang bangkit dalam be end. Dah 60 tahun perintah... Melayu ketinggalan dibanding bangsa lain.
Marilah kita bangkit dlm parti Melayu lain pula.