MALAM ini di Bagan, Pulau Pinang, akan berlangsungnya ceramah mengenai skandal projek terowong dasar laut yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Barisan penceramahnya bukan calang-calang antaranya Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC), Eric See-To.
Dua tokoh masyarakat Cina ini merupakan individu yang cukup lantang membongkar skandal projek terowong dasar laut sebelum ini.
Malah, mereka juga mempunyai pengetahuan serta fakta yang sangat mendalam dalam mendedahkan kepin-cangan projek kontroversi bernilai RM6.3 bilion itu sehinggakan tidak mampu disangkal Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Sebab itu, bagi penduduk Pulau Pinang, peluang untuk sama-sama mendengar ceramah `Kisah Benar 2.0: Skandal Terowong Dasar Laut RM6.3B’ yang akan diadakan di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong, Butterworth bermula pukul 7.30 petang ini tidak seharusnya dilepaskan.
Ini adalah peluang keemasan untuk mereka mendapatkan gambaran sebenar dan lebih jelas berhubung kontro-versi serta skandal projek itu.
Apatah lagi projek itu bakal memberi kesan secara langsung kepada mereka secara jangka masa panjang selain kemungkinan tekanan ekonomi yang perlu dihadapi pada masa depan ekoran kos projek berkenaan yang luar bi-asa tinggi.
Lebih daripada itu, individu yang selayaknya menyertai ceramah tersebut adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan barisan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai DAP.
Selepas beberapa kali mengelak daripada cabaran Ka Siong untuk berdebat berhubung isu ini, maka pentas ce-ramah rakyat petang ini sepatutnya menjadi masa terbaik untuk Guan Eng memunculkan diri.
Sementelah Ka Siong sendiri menjemput Guan Eng serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk hadir pada program itu, maka tidak sepatutnya kedua-dua pemimpin DAP berkenaan memberi alasan lagi.
Khabarnya Guan Eng juga jarang-jarang kelihatan di kawasan Parlimennya sendiri iaitu Bagan kerana kesibukan tu-gas sebagai Ketua Menteri.
Jadi alang-alang Ka Siong dan Eric menganjurkan ceramah di Bagan, Guan Eng boleh menyertai program itu sambil mengambil kredit bertemu penduduk yang diwakilinya.
Dengan kehadiran pemimpin MCA itu dalam program ceramah di Bagan malam ini, Guan Eng tidak lagi boleh melarikan diri.
Melainkan beliau tidak mampu berdepan dan menangkis segala pembongkaran berhubung skandal serta kontroversi projek itu yang akan didedahkan pemimpin MCA berkenaan malam ini.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....