Nuffnang

MURKA SULTAN : Adakah Mahathir Tetap Akan Dipertahankan Pentaksubnya?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenyataan yang dibuat bekas perdana menteri itu mengenai masyarakat Bugis.

"Beliau dalam keadaan marah dan akan membakar seluruh negara dengan api kemarahannya," titah baginda dalam temubual eksklusif bersama The Star menjelang sambutan Hari Keputeraan baginda ke-72 pada 11 Disember ini.

Sultan Sharafuddin sebelum ini menyatakan rasa tidak senang terhadap kenyataan bekas perdana menteri itu yang mengaitkan Bugis dengan lanun semasa perhimpunan 'Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi' di Petaling Jaya 14 Oktober lalu.

Baginda bertitah tidak mahu melihat ahli politik menggunakan isu-isu sensitif seperti bangsa dan agama untuk kepentingan politik kerana berbuat demikian hanya akan menghancurkan negara.

"Ini menjadi kebimbangan semua Raja-Raja Melayu, kesemua sembilan daripada kami. Kami sering berbincang mengenai perkara ini semasa mesyuarat pra majlis yang diadakan sebelum Persidangan Majlis Raja-Raja.

"Raja-Raja Melayu amat bimbang. Terlalu banyak isu sensitif dieksploitasi untuk keuntungan peribadi. Isu seperti ini tersebar luar di media sosial dan ia boleh memecah-belahkan rakyat," titah Sultan Sharafuddin.

Kebimbangan mengenai perpaduan

Kebimbangan mengenai perpaduan di negara ini menyebabkan Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan pada 10 Oktober bagi menyelar dobi khas untuk Muslim di Muar, Johor.

Dalam pernyataan itu, raja-raja Melayu menyatakan kebimbangan mengenai perpaduan dan keharmonian di Malaysia, dengan memetik contoh seperti yang berlaku di Muar.

Majlis Raja-Raja Melayu juga mengatakan bahawa umat Islam harus mengutamakan toleransi, sederhana dan inklusif apabila hidup dalam masyarakat pelbagai budaya.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda kecewa apabila kenyataan pada 10 Oktober yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu tidak disenangi apabila Mahathir membuat kenyataan mengenai 'Bugis' empat hari kemudian.

Sebelum ini Dewan di-Raja Selangor mencadangkan siasatan dilakukan terhadap bekas perdana menteri itu di bawah Akta Hasutan 1948.

Pelbagai pihak juga telah membuat laporan polis mengenai kenyataan dibuat Mahathir.

Mahathir kemudian dilaporkan mengatakan bahawa tidak semua Bugis adalah lanun dan kenyataan beliau hanya ditujukan kepada "penjahat yang mencuri wang".
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top