Nuffnang

LEMPANG PELAJAR : Ibu Dakwa Punya Bukti Kukuh, Bakal Saman Cikgu Azizan!!!


Cikgu Azizan telah dibebaskan tanpa dilepaskan tuduhan di bawah Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Majistret Seremban semalam namun nampaknya episod pertikaian antara beliau dengan keluarga pelajar itu masih belum selesai.

Ibu bapa mana yang tidak "melenting" apabila anaknya "cedera" diperlakukan oleh orang lain? Tambahan lagi andainya laporan polis itu disyorkan oleh doktor yang merawat kecederaan anaknya. Begitulah yang berlaku dalam senario yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia ketika ini.

Terbaru, Ibu kepada murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai berkata pihaknya akan memfailkan saman terhadap Azizan Manap, selepas tuduhan terhadap guru sekolah itu digugurkan semalam di sebalik sokongan ditunjukkan warga guru.

Ibu kepada Muhammad Zainul Danish Zaridin, yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 45 berkata keluarganya terkilan apabila mahkamah memutuskan untuk melepaskan guru itu, yang dituduh mencederakan anak bongsunya berumur 11 tahun.

Mas mendakwa mempunyai bukti anaknya mengalami kecederaan serius termasuk gambar dan laporan perubatan.

“Pipi anak saya merah manakala telinganya berdesing akibat ditampar. Pegawai perubatan yang merawatnya juga mencadangkan supaya membuat laporan polis kerana kecederaan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Sinar Harian memetik ayah murid itu sebagai menafikan sebarang rancangan mengambil tindakan mahkamah.

“Kami sudah terlalu tertekan dengan apa yang berlaku dan saya rasa tumpuan ketika ini adalah untuk pulih daripada trauma akibat tekanan yang kami hadapi.

“Jadi tindakan saman sivil bukan sebahagian daripada perkara yang kami akan ambil buat sekarang,” katanya.

Manakala Azizan pula berkata beliau sudah “memaafkan” murid berkenaan dan keluarganya.

Pihak sekolah mendakwa murid itu terlibat dalam pelanggaran disiplin, termasuk menghidu gam dan membuli.

Bagaimanapun, Mas mendakwa keluarganya tidak pernah dimaklumkan mengenai masalah disiplin itu.

“Kami hanya tahu anak kami dikatakan ada masalah disiplin selepas kejadian dia ditampar oleh cikgu berkenaan. Itu pun selepas kami bertanya mengapa tampar anak kami sampai begitu sekali,” katanya.

Azizan didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 April lalu. Dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri Zainul.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.

- SUMBER
Share this article

11 Komen:

  1. Patut lah perangai budak tu macam sial.....ikut perangai mak. Ingat cikgu2 takde kerja lain nak menampar anak mutid tanpa sebab?
    Contoh sampah masyarakat. Mak bapak yg tak tahu membesarkan anak2 supaya tak berperangai macam sial....cikgu yg dipersalahkan.

    BalasPadam
  2. anak aku pun nakal juga di sekolah..ada jg masa d denda guru,d rumah dia nakal apa lg d skolah..kita kenal anak sndiri, bg la krjasama kpd skolah yg bntu didik anak kita jd mnusia

    BalasPadam
  3. Kalau zaman hamba,mengadu dgn mak bapak alamat kena tambah lg,zaman sekarang mak bapak,mcm biul sikit

    BalasPadam
  4. Mak bapak dia tau antr ank ke sekolah je.....pastu xtau dh ape belaku.....janji antr sekolah je....kena tipu dgn dgn anak pon xtau.....adesssss......ape punya mak lah.....elok lah....bagi satu family hisap gam senang....

    BalasPadam
  5. kena lempang sket je..tapi kesan cedera tu teruk akibat menghidu gam.ni semua kesan sampingan dari gam berkenaan..kena ambil kira juga kesan bahana akibat menghidu gam ni.

    BalasPadam
  6. Betul2..setuju sangat. Pandai pulak mak dia tak bgtahu doktor tu yg anak dia hisap gam. Kesan hisap tu..kata dh mastur,mesti dh bertahun tu. Hmm.. Ibu bapa zaman sekarg sensitif betul

    BalasPadam
  7. Salam maghrib. Ibu bapa wajar bertemu pihak sekolah, PIBG dan guru terbabit bila mengetahui anak mereka kena lempang. Tentu ada sebab anak mereka dilempang. Bawa berbincang sblm buat laporan polis. Mmg kita hantar anak ke sekolah bukan utk dilempang sebaliknya utk belajar. Kita tidak tahu tahap disiplin anak di sekolah. Ia jadi tanggujawab pihak sekolah. Jika masih nak amik tindakan, selepas ni guru2 hanya mengajar subjek wajib je. Soal disiplin biar ke laut kang kena saman

    BalasPadam
  8. Ibu bapa perlu bagi kerjasama anak utk dididik oleh guru. Hidu gam ,mempengaruhi org lain, last2.. Bakar tahfiz..

    BalasPadam
  9. Pendapat saya..isu ini disebabkan kes kena tampar..tindakan disiplin secara rotan adalah lebih praktikal..menampar ni terjadi didorong oleh perasaan marah yang diluar kawalan..kalau terjadi kesan kecederaan kekal bagaimana..memanglah cabaran yang besar untuk menghadapi kenakalan murid yang begini tapi setiap pekerjaan tu mempunyai cabaran yang tersendiri untuk ditangani..sebelum memilih jawatan ni saya rasa guru2 sudah maklum akan cabaran yang akan dihadapi..sebenarnya kita semua adalah GURU..cuma bidangnya sahaja yang berbeza..Parents,PIBG n GURU kes ni perlu bersemuka untuk jernihkan keadaan..jangan buat kesimpulan berdasarkan satu pihak sahaja..

    BalasPadam
  10. Doktor yang buat checup budak tu pun patut kena pegi buat medical and checkup course, pasai masih tudak cekap handle kes macam ni. Hadap yang di depan saja, history tak mau kaji dulu...

    BalasPadam
  11. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1475300195910887&id=1284948991612676&_rdr

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top