Nuffnang

UGUT KETUA MENTERI : Bapa Serah Anak 14 Tahun Kepada PDRM


Polis menahan seorang pelajar berusia 14 tahun yang disyaki memuat naik komen ugutan di laman sosial Facebook terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang (semalam) setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.

“Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.

“Remaja itu dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil darinya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dev berkata, setakat ini, polis menerima 7 laporan mengenai komen berunsur ugutan itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Share this article

2 Komen:

  1. Budak kecik pun nak dilayan!...............adehhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr kecik la nak dibentuk..dah tua dah liat dah tak guna.. org tua kata dr rebung jd buluh.. perpatah utk ko dah bertanduk berbulu lebat..

      Jgn kecik tak didik tak dibentuk.. beso jd dajjal..

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top