Di mana "maruah" PAS? Dimana juga kejantanan mereka? Jika sebelum ini Husam, Khalid Samad dan Mohamad Sabu antara "langau" yang berjaya "dikeluarkan", mengapa "langau" yang seekor ini masih dibiarkan membuat onar di dalam PAS?
Datuk Mahfuz Omar hari ini sekali lagi mengambil pendirian berlawanan daripada partinya PAS, dengan mengucapkan tahniah kepada barisan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan minggu lepas.
“Insya Allah, PH akan menjadi kuasa baru politik Malaysia pada PRU14 akan datang,” kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.
“Saya harap PH akan bertekad untuk mengubah masa depan Malaysia dengan agenda perubahan yang jelas,”
Beliau berharap PH yang terdiri daripada gabungan tokoh kepimpinan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman akan menggerakkan rakyat Malaysia ke depan.
Mahfuz berkata PH perlu merangka agenda yang lebih konkrit dan terperinci di dalam manifesto PH untuk mengubah institusi keadilan, sambil menggesa kaum Melayu tidak terpengaruh dengan isu perkauman.
“PH dan parti-parti komponen PH sewajarnya membawa ‘politik baru’ dalam pengurusan dan pendekatan kepimpinan,”
Ini bukan kali pertama. Mahfuz sebelum ini pernah diselar pemimpin PAS kerana sering mengambil pendirian tidak sehaluan dengan pimpinan parti.
Khamis lepas, gabungan 4 parti di bawah PH mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi, di samping memilih logo baharunya yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.
Mahfuz dah tak laku. Biar dia meroyan sendirian.
BalasPadam