Tindakan melucutkan kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut bukan soal politik, sebaliknya dibuat berdasarkan prinsip perundangan negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri, berkata perlembagaan negara yang hanya iktiraf satu kewarganegaraan untuk rakyat Malaysia. "Jika mana-mana rakyat yang ada dua taraf maka ia gugur secara automatik, apatah lagi rakyat Malaysia itu pernah mohon jadi warga negara lain, tindakan perundangan sebagai ADUN akan terbatal secara sendiri.
"Parti politik boleh mencabar keputusan itu atau mengambil tindakan mahkamah tetapi perlembagaan harus dijunjung sebagai sistem perundangan terulung. "Ini bukan soal politikkan isu tapi ia soal prinsip yang dijunjung oleh rakyat Malaysia dan perundangan, " katanya.
Beliau mengulas mengenai tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon dari DAP sebagai ADUN Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri, Datuk Woon Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan kerana Dr Tiong Choon mempunyai kewarganegaraan Malaysia dan Australia.
Dalam usul itu, Soon Koh menyatakan bahawa Dr Tiong Choon juga didaftar sebagai pengundi di Australia dan berikrar taat setia kepada negara di luar Persekutuan Malaysia.
Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 anggota DUN manakala 10 yang lain membantah.
Perkara 48 (1) (f) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang boleh kehilangan kelayakan Ahli Parlimen atau ADUN apabila dia dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan Malaysia atau membuat akuan setia kepada negara di luar Persekutuan Malaysia.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....