Sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang selamat tiba di tanah air, awal pagi ini.
Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga masing-masing, yang menaiki pesawat khas, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.03 pagi dan disambut ahli keluarga masing-masing.
Mereka ialah Setiausaha Duta, Noor Saaidah Jamaluddin, 29, suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan, Pegawai Tadbir, S. Nirmala Malar, 45, Kaunselor, Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.....
Videonya :
Atau klik SINI
amerika n satu dunia dunia suruh dia hentikan ujian nuklear tak di hapikkan.. najib suruh pulangkan blk rakyat msia dah pulang dah pun.. wa terpaksa tabik sama lu..
BalasPadamTahniah PM , Datuk Seri Najib , Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.....berjaya dlm rundingan bersama korea utara....
BalasPadamMalaysia perlu berlembut dgn korea utara yg terkenal keras itu.....