Nuffnang

FOREST CITY : Siapa Bohong? Tanah Siapa Yang Tergadai?


Tidaklah di fahami berhubung dengan isu tanah Forest City yang menjadi bedalan politik pihak pembangkang terutama dari parti bunga, kononnya kerajaan terutama kerajaan negeri Johor telah mengadaikan tanah mereka kepada rakyat China.

Hendak bercakap soal tanah ini juga tidak lah difahami sedalamnya kerana penulis pun tidak mempunyai tanah walaupun lahir di Selangor, mahu pun di negeri Johor sendiri jika mengikut asal keluarga dari Johor Bahru, Johor.

Memang bukan bidang penulis untuk bercakap secara mendalam dalam isu tanah Forest City ini, tetapi sebagai rakyat Malaysia khususnya yang memerhati gelagat segelintir pemimpin seharusnya tiada halangan untuk memberi pandangan atau meluahkan rasa yang melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga.

Pertamanya ingin juga diketahui tanah siapa yang terjual untuk pembangunan Forest City ini, adakah sesiapa yang rugi dengan penjualan tapak yang di bina di atas air laut yang di tambak, dan bangunannya barada di ruang udara atas langit.

Jika ada anak cucu cicit yang mempunyai pengetahuan dalam bidang IT ini yang sering bermain dengan media sosial bolehlah memaklumkan di media sosial bahawa tanah milik Tok Jang, Tok Yang. Tok Yong dan Tok Puek mereka telah di ambil untuk pembangunan yang bakal di kuasai oleh penduduk asing.

Malah ada sahabat didalam parti bunga pernah berkata bahawa Johor kini sudah ketandusan tanah sahingga terpaksa menambak persisiran pantai untuk di buat rumah, jadi disini jelas bahawa ‘tanah’ yang bakal dibangunkan adalah tanah persisiran pantai bermakna ianya bangunan di atas air laut.


Jadi tanah siapa yang tergadai?

Isu ini berbeza dengan pembangunan tanah di Pengerang, bila mana kerajaan negeri dan syarikat pelabur pembangun perlu membayar wang pampasan kepada pemilik tanah demi untuk membangunkan tanah tersebut sebagai pusat Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia atau lebih dikelanali dengan nama RAPID.

Tanyalah penduduk Pengerang (bukan orang pengerang yang duduk diluar Pengerang kerana mereka tak ada tanah disana, sekadar lahir atau menumpang disana sahaja) siapa yang rugi dengan pembangunan RAPID tersebut, sudah pasti tidak ada seorang pun yang rugi kecuali bagi mereka yang tidak puas hati dengan pengagihan pampasan.

Logiknya yang tidak berpuas hati sudah pasti mereka yang memiliki tanah sekadar sekakang kera dan hanya memiliki reban ayam yang sudah nak roboh, tetapi membuat tuntutan sama nilai dengan mereka yang memiliki banglo dan memiliki tanah kebun yang luas, tetapi ini adalah perkara biasa dalam berbohong didalam tuntutan pampasan, ianya berlaku dimana mana.

Isu di Pengerang melibatkan campur tangan pembangkang yang menghasud penduduk agar mereka tidak memberi tanah dan menggalakan rancangan pembangunan di Pengerang dan tugas ini di kepalai oleh bekas Menteri Kesihatan yang telah melompat kedalam kantung PKR.

Ianya boleh berlaku oleh kerana secara fizikalnya melibatkan tanah orang kampong yang mana sebahagian besar tanah tersebut adalah tanah rancangan FELDA dan selebihnya adalah tanah kampong tradisional, tetapi tanah Forest City ini rakyat Johor mana yang terlibat?.

Walhal Pengerang ini dulu tiada siapa pun ambil peduli kecuali kerajaan Barisan Nasional dibawah seliaan Ahli Parlimennya Datuk Seri Azalina Othman, kerana Pengerang pernah dianggapkan sebagai “tempat jin bertendang”, tetapi kemudiannya menjadi perhatian pembangkang kerana mereka boleh menjalankan aktiviti menghasud rakyat apa bila Datuk Seri Azalina membawa pembangunan RAPID ke sana.

Samalah isu di Pengerang, isu tanah Forest City ini menjadi bahan puak pembangkang untuk dijadikan modal menghasud dan menanam kebencian kepada rakyat.

Kini mereka mengunakan kepetahan Mahathir untuk menghasud rakyat, kononnya kerajaan telah menjual tanah Johor kepada negara China, dan tanah Forest City bakal diduduki oleh warga China, kemudiannya mengunakan penulis upahan mereka untuk menularkan bahawa rakyat telah di tipu oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

Kononnya tanah tersebut akan menjadi hak milik kekal kepada pembeli, wal hal tiada pula di ketahui bahawa Dato’ Seri Najib menyebut atau membuat kenyataan sedemikian, yang pernah didengar beliau menyebutkan bahawa “kita jual kepada orang luar atas ‘leasehold’ (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja”, jadi di mana Najib berbohongnya.

Jika kerajaan negeri Johor yang menukar status tanah, itu bukan isu kerajaan pusat atau Perdana Menteri kerana kerajaan Johor mempunyai hak sepenunya keatas tanah negeri mereka, tetapi sudah namanya pembangkang dan kerja mereka hanya menghasud maka peluang menghasud tidak akan mereka lepaskan begitu sahaja.

Baik, sekali lagi dimaklumkan bahawa Forest City itu melibatkan pembinaan empat buah pulau buatan manusia di perairan Tanjung Kupang antara barat daya Johor dan barat laut Singapura, diusahasama antara pemaju terbesar dari China, Country Garden Holdings dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), milik kerajaan Negeri Johor.

Jadi sila maklumkan pada dunia jika ada tanah nenek moyang mereka yang diambil dan dijual seperti mana yang pernah berlaku di negeri Perak ketika pemimpin pembangkang menjadi kerajaan ‘singkat’ yang telah menjual tanah dan pembelinya mendapat hak milikan 999 tahun.

SUMBER
Share this article

5 Komen:

  1. Assalam Bro,kita tunggu dan lihat apa kesudahannya !

    BalasPadam
  2. *DAPig PARTI MOSSAD/IS-rael!

    HAPUSkan rejim TERORIS ZIONIS KAFIR HARBI PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL-si puak RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD

    Duboq
    A njing
    P anggang

    SELAMAnya - sbb depa nak JUAL Negara Islam kita ni pd. rejim2 KANIBAL/NECROPHILIA IS-rael/MOSSAD-NA*O!!!

    TAK pula si ZioNAZI (Zionis NAZI) KANIBAL Madey-si DIKTATOR PARASIT/PENYANGAK/PENYAMAQ/PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH/LANUN anak BERANAK KEPARAT berIJAZAH JAMBAN ni TERLOLONG mcm. PUAKA kat TUAN PENJAJAH PARASIT/LANUN DAPJUBOQ BABI depa - yg. MENGGUBAH WANG HARAM sampai 13 BILLION kat SingaPORK tu; hasil dr. ROMPAKAN Tanah2 PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA/ORANG ASAlL/INDIGENOUS Islam/Melayu kami di PP tu dlm. “CULTURAL GENOCIDE” ke atas BANGSA Bumiputera Islam/Melayu – kat si PENJAJAH2 Cina SingaPORK terutamanya! Di - http://mymassa.blogspot.my/2016/02/hampir-13-billion-disimpan-di-singapura.html:

    HAMPIR 13 BILLION DISIMPAN DI SINGAPURA?
    2/18/2016 |

    Agenda DAP ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. Selepas lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang sebagai permulaan tampuk kekuasaan DAP ia sudah menunjukkan hala tuju DAP di negara ini.

    Lihat sahaja cara DAP menutup kg Melayu di Singapura kini sudah berlaku di Pulau Pinang.

    Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion.

    Segalanya bermula pada tahun 2011 dimana kerajaan negeri menjual sebidang tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion. Ini dikuti oleh pejualan 110 ekar lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM 6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM 600 juta kepada P. E Land.

    Pada 2014, kerajaan DAP Pulau Pinang dengan 4 transaksi jual beli dilakukan. Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

    Sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasik Holding.

    Apa yang sebenarnya DAP lakukan?Pengumpulan dana besar-besaran? Mengapa dalam masa lima tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju proksi DAP?

    Kemanakah wang RM 12.5 bilion ini pergi dan dibelanjakan?

    (Tok Landak)

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguih info ni.. takda yang nak nafikan ka?

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top