Lelaki yang didakwa isterinya melakukan hubungan seks dengan pelajar tingkatan 3 di atas katil kelamin mereka ditahan polis semalam.
Penahanan dipercayai dibuat oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Johor.
Perkara itu didedahkan isterinya, Nurul Hidayu di akaun Facebook miliknya.
“Tadi saya dipanggil untuk diambil statement,” katanya.
Menurut Hidayu, suaminya itu ditahan selepas ibu kepada teman wanitanya membuat laporan polis bahawa anaknya telah dirogol.
Dakwanya, suami dan teman wanitanya juga mengaku pernah melakukan hubungan seks di bilik tidur Hidayu.
Hidayu baru-baru ini memuat naik status meluahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya yang sanggup melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur.
Selepas perkara itu menjadi tular di media sosial, lelaki tersebut bertindak menafikan hal itu dan mengatakan bahawa hubungannya bersama budak sekolah itu hanyalah ‘suka-suka’.
“Saya akui bercinta dengan dia. tapi hanyalah sekadar suka-suka selepas saya tertekan mengalami masalah rumah tangga,” kata suaminya ketika dihubungi.
Ramai anggota masyarakat di negara ini kemudian meluahkan di media sosial bahawa lelaki berkenaan seharusnya disiasat kerana perbuatan seks dengan pasangan di bawah umur 16 tahun walaupun atas kerelaan ditafsir sebagai jenayah rogol statutori.
Jenayah rogol statutori termaktub dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan di mana pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
Pasangan berkenaan kini dalam proses perceraian secara rasmi di pejabat agama daerah mereka.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....