MOHD. SANUSI SATAR dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret di Batu Pahat, hari ini. - UTUSAN ONLINE - |
BATU PAHAT 7 Dis. - Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melindungi penangkapan dua individu yang dikaitkan dengan aktiviti kumpulan Daesh antara Julai hingga Ogos lalu.
Pertuduhan pindaan terhadap Mohd. Sanusi Satar itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd. Noor dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mohd. Sanusi dituduh melindungi penangkapan Jasanizam Rosni, 33, dan Md. Saifuddin Muji, 28, yang diketahui atau ada sebab untuk mempercayai mereka telah melakukan atau berkemungkinan melakukan perbuatan pengganas di negeri ini.
Dia melakukan kesalahan berkenaan di alamat No. 5, Jalan Manis 1/3, Taman Manis, Parit Raja, di sini, antara 1 Julai sehingga 8 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda atau penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. -UTUSAN ONLINE
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....