Nuffnang

NAJIB RAZAK : Takut Dan Hipokrasi Tertinggi Kini Selubungi Mahathir!!!


Datuk Seri Najib Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dapat mengusirnya daripada jawatannya kerana bekas perdana menteri itu tidak rapat dengan ketua Umno bahagian, tidak seperti dirinya sejak 30 atau 40 tahun lalu.

Najib yang juga presiden Umno berkata pendahulunya itu hanya beroperasi menerusi menteri besar dan ketua menteri untuk mengendalikan bahagian di negeri masing-masing, lapor The Star.

“Bila MB itu sudah tidak ada lagi, dia tidak ada kenalan dengan ketua bahagian. Anda tentu terkejut, dia tak tahu nama kebanyakan mereka.

“Tetapi saya tak bergantung pada BM saja, saya sebahagian daripada mereka dan itu sebabnya Mahathir tidak boleh usir saya daripada Umno.

“Saya belum 23 tahun ketika menyertai politik. Ia beri saya kesempatan besar kerana saya dewasa bersama 2 generasi pemimpin Umno,” katanya dalam temu bual yang disiarkan akhbar itu.

Najib juga bercakap mengenai kritikan pedas Dr Mahathir terhadapnya sebagai sesuatu yang tidak dijangka, tetapi seorang bekas pemimpin negara jiran pernah memberi amaran mengenainya sebelum ini.

“Dr Mahathir obsesi melakukan sesuatu ikut cara dia. Saya dah agak dia akan menentang saya, tetapi saya tidak jangka keburukan reaksinya.

“Mendiang Lee Kuan Yew pernah beritahu saya Mahathir seperti peninju heavyweight yang terus menyerang sehingga anda habis.

“Saya agak itu sebahagian tentang dirinya. Selagi tak dapat kawalan mutlak, dia tidak akan berhenti. Analisis Kuan Yew itu tepat,” katanya, merujuk kepada perbualannya dengan perdana menteri Singapura itu pada 2009.

Najib juga menganggap kerjasama antara Dr Mahathir dengan bekas musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebagai “lambang politik Machiavellian” dan “hipokrasi tertinggi”.

Perdana menteri berkata beliau percaya faktor takut yang digunakan Dr Mahathir ketika memerintah dulu tidak lagi menakutkan mereka yang pernah dikawalnya.

“Dia memerintah dengan unsur takut. Sebaik saja dia bukan lagi presiden Umno, tidak ada lagi takut untuknya atau kemampuan mengawal dan dia tidak dapat menentukan lagi apa dalam Umno. Hormat itu ada, tapi bukan takut,” katanya. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top