Nuffnang

SELAMATKAN MALAYSIA : Mahathir Minta Najib Jadikan "BOBOI" Sebagai "HERO"


Sebentar lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen. Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya memuatkan komen mengenai bajet. (BACA DI SINI).
Selepas membaca komentar Mahathir, saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa kesemuanya itu adalah pendapat peribadi atau pandangannya. Beliau tidak lampirkan apa-apa data atau fakta sokongan yang jelas terhadap dakwaannya. Maksud saya tentera laut negara China boleh tenggelamkan kapal Filipina di Laut China Selatan minggu depan dan Vietnam dan Malaysia bakal terheret sama di dalam kancah tersebut dan kesemua yang Mahathir katakan hanyalah sia-sia.

Pada tahun 1950, Amerika dan China berkonflik tentang Korea dan ekonomi Malaysia melonjak dengan tiba-tiba. Saya yakin apabila mereka menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu hanya dua tahun sebelum itu pada tahun 1948 mereka tidak pernah meramalkannya. Jadi anda lihat, pada akhirnya, seperti kata agamawan akan berkata hanya Tuhan saja yang tahu. Bak kata pepatah: Manusia merancang dan Allah yang menentukannya.

Melalui pengamatan saya tentang apa yang Mahathir tulis semalam, nada beliau sudah mula menurun dan tidak lagi bersuara tentang Najib mencuri duit 1MDB sebanyak RM42 billion maka hendaklah berundur dari jawatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. Mahathir sekarang lebih tertumpu bercakap tentang keupayaan Najib sebagai Menteri Kewangan.

Mahathir bercakap tentang pinjaman dan perbelanjaan dan dasar fiskal yang berhemat dan kesannya kepada polisi kerajaan terhadap rakyat dan lain-lainnya. Dengan kata lain apa yang Mahathir perkatakan tanpa timbulkan persoalan: Adakah Najib seorang Menteri Kewangan yang bagus atau Bajet 2017 cacat dan boleh ditambahbaik?

Sekarang, kita mesti ambil kira tentang apa yang Mahathir perkatakan semalam berbanding dengan apa yang beliau katakan semasa di UK serta apa yang beliau katakan selama lapan tahun yang lalu sejak bulan April 2008, tiga minggu selepas 8hb Mac 2008 pilihanraya umum. Dan apa yang beliau katakan tentang Perdana Menteri memerlukan Majlis Penasihat untuk ‘memandu’ beliau dan bahawa Perdana Menteri tidak perlulah menjadi Menteri Kewangan.

Ramai orang biasanya memberi tumpuan hanya sepintas lalu. Anda perlu mengambil beberapa langkah ke belakang dan melihat keseluruhan situasi tersebut. Jika lakukan maka anda akan melihat perkara yang jelas atau melihat gambaran yang sebenar. Dan gambaran yang sebenar adalah Mahathir masih mahu mempunyai kuasa dalam menguruskan negara dan beliau juga berkeinginan untuk mengawal secara langsung kewangan Malaysia.

Mahathir telah menjelaskan pada 2014 mengapa dia mahu Najib digulingkan. Mahathir berkata beliau cuba bercakap dengan Najib dan menasihati beliau tetapi Perdana Menteri tidak mendengarnya. Perdana Menteri mengabaikan beliau dan apabila Mahathir terus menerus merayu Perdana Menteri, Najib enggan bercakap dengan orang tua itu selama enam bulan dan tidak menjawab panggilan telefon.

Itulah apa yang Mahathir jelaskan. Beliau cuba untuk menasihati Najib. Najib enggan mendengarnya. Dan selepas itu Najib abaikannya selama enam bulan malah enggan menjawab panggilan telefon orang tua tersebut. Maka kerana itulah Mahathir menerangkan bahawa beliau sudah tidak punya pilihan selain menggulingkan Najib.

Jadi anda boleh lihat. Itulah alasan Mahathir kenapa Najib perlu digulingkan. Jadi ini bermakna sekiranya Najib pedulikan Mahathir dan tidak putuskan silaturahim dan mendengar segala nasihat Mahathir maka tiadalah alasan untuk gulingkan Najib.

Jadi, selama hampir dua tahun,itu sahaja yang Mahathir cuba: cuba untuk gulingkan Najib. Tapi cubaan demi cubaan gagal dan Najib semakin kuat (“What does not kill you makes you stronger,” – Kelly Clarkson).

Jadi sekarang dengan mengambil kira apa Kelly Clarkson berkata, Mahathir telah putus asa dalam mencuba untuk guling atau musnahkan Najib. Pepatah Inggeris ada mengatakan: Sekiranya kamu tidak mampu untuk kalahkan mereka maka bersamalah dengan mereka. Dan itulah apa yang Mahathir cuba lakukan: cuba untuk bersama dengan Najib. Namun sudah tentu ia kenalah berasaskan situasi menang-menang seperti mareka katakan di Amerika Syarikat. Jadi apakah situasi menang-menang tersebut?

Mahathir di dalam entri blognya semalam didapati terdapat satu daripada banyak isyarat yang orang tua itu hantarkan kepada Najib. Dan isyarat terakhir Mahathir adalah: beliau bersedia untuk adakan gencatan senjata dan membatalkan kempen “Singkirkan Najib” dengan balasan sedikit imbuhan ( di dalam peperangan ianya berkaitan dengan mendapat pulangan walaupun nyawa sebagai taruhan). Dan ‘imbuhannya’ adalah menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Kewangan yang baharu. Dan apabila Mukhriz menjadi Menteri Kewangan, Mahathir akan pastikan Malaysia mempunyai duit yang diperlukan.

Kebimbangan utama Mahathir adalah bahawa Najib begitu kuat sekarang dan dia tidak mungkin menunggu sehingga 2018 untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang. Mahathir telah memberitahu pengikutnya dia mengesyaki Najib mungkin mengadakan pilihan raya umum akan datang pada awal 2017, mungkin samada pada bulan Mac atau April yang hanya kira-kira enam bulan lagi.

Mahathir mendakwa, Bajet 2017 adalah ‘bajet pilihan raya’, yang mana kenapa ianya begitu perihatin terhadap rakyat. Bajet 2017 akan membantu Najib memenangi lebih banyak undi, rungut Mahathir. Jadi ianya bermakna pilihanraya umum akan berlangsung pada penggal pertama 2017. Ini bermakna Mahathir sudah tidak punyai banyak masa lagi.

Mahathir percaya dia perlu membuat perjanjian dengan Najib dalam tempoh enam bulan akan datang sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika Mahathir betul betul boleh bawa masuk wang ke dalam negara sebaik sahaja anaknya menjadi Menteri Kewangan maka ianya satu insentif kepada Najib. Tambahan itulah hakikat bahawa Mahathir tidak akan lagi teruskan plot penyingkiran Najib dan akan membenarkan Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

Dan jangan lupa, 1MDB tidak lagi akan menjadi masalah Najib. Mukhriz akan mengambil alih ‘masalah’ dari Najib dan akan melakukan apa yang perlu dilakukan. Perjanjian manis ini umpama meletakkan icing yang ada di atas kek untuk menambah perisa manisnya lagi. Sudah pasti Mahathir akan hentikan serangan terhadap 1MDB apabila anaknya yang mengendalikan hal tersebut.

Ketika Najib berhati-hati dengan janji manis Mahathir, terdapat juga pertimbangan yang lain.

Pertama adalah bahawa parti Pribumi Mahathir adalah sebuah parti yang baru lahir. Sekarang Muhyiddin Yassin menjadi liabiliti yang amat besar dan Melayu mula menjarakkan diri darinya umpama sejauh 10 batang tiang. Skandal seks beliau dengan isteri orang yang berakhir dengan perceraian ditambah dengan kedengaran beliau sudah mengahwini Nika Gee (tiada satu pun beliau nafikan) telah memusnahkan karier politik Muhyiddin selamanya. Kata RPK lagi.

Pribumi tidak mampu dapatkan 10,000 keahlian, begitu jauh dengan apa yang PAN perolehi iaitu 20,000 ahli. Dan keahlian PAN sebanyak 20,000 pun dianggap teruk kerana sasaran mereka adalah 250,000 keahlian berdasarkan mereka menang sebanyak 20% dari undi ketika pemilihan parti PAS (dan 20% dari 1.2 juta ahli adalah 250,000 orang)

Jadi kedua-dua Pribumi dan PAN alami kegagalan yang amat teruk.

Pada mulanya, Lim Kit Siang teruja bekerjasama dengan Mahathir kerana lelaki tua itu berjanji untuk menyelamatkan Lim Guan Eng daripada cengkaman SPRM. Menurut RPK, Mahathir memberitahu Kit Siang bahawa beliau ‘mengawal’ SPRM dan boleh mengarahkan Abu Kassim apa yang perlu dibuat. Tetapi ianya tidak berlaku dan kelihatan seperti Guan Eng akan merengkok di penjara akhirnya.


Insentif untuk Kit Siang bekerjasama dengan Mahathir sekarang sudah hilang. Lanjutan dari itu, Kit Siang kini menyedari bahawa jika DAP bekerjasama dengan Mahathir dan / atau Pribumi, maka orang Cina akan menghukum mereka seperti yang mereka lakukan pada pilihan raya negeri Sarawak dan Sungai Besar dan Kuala Kangsar pilihan raya kecil (dan dalam pilihan raya umum 1999 juga). Dan Cina boleh menjadi sangat tidak bertimbang rasa (mereka masih tidak lupa atau memafkan ‘Mei 13’, yang berlaku pada 1969).

Tanpa perjanjian ‘Selamatkan Guan Eng’, tidak ada keinginan bagi Kit Siang untuk bekerjasama dengan Mahathir. Hakikatnya mereka tidak mempunyai apa-apa faedah dan semuanya bakal hilang sekiranya DAP bekerjasama dengan Mahathir atau Pribumi yang berakhir dengan kehilang sokongan dari kaum cina. Jadi sebenarnya pintu Pakatan Harapan sudah pun tertutup untuk Mahathir dan Pribumi melainkan mereka dapat bergabung dengan PKR melalui jalan belakang.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengalu-alukan penggabungan Pribumi-PKR. Tetapi mereka masih perlu berurusan dengan Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah (tambah lagi pemimpin PKR yang anti Mahathir dan juga kawan-kawan rapat Anwar) 


Jadi penggabungan Pribumi-PKR tidak akan menjadi perkara yang mudah. Iaya akan menjadi laluan yang sukar. Dan sekiranya pilihanraya umum berlaku pada awal 2017 seperti yang Mahathir jangkakan maka masa tidak akan menyebelahi mereka. Bayangkan penggabungan antara PKN-PRM pada Ogos 2003 mengambil masa yang lama untuk terjadi walaupun Anwar, Wan Azizah dan ramai pemimpin atasan PKR serta kawan-kawan rapat menyokongnya.

Malah, penggabungan PKN-PRM mencipta banyak krisis daripada golongan dalaman Anwar – rakan-rakan dari universiti dan pengajiannya di ABIM – mengutuk parti dan meletak jawatan dalam keadaan marah. Omar Jaafar, seorang penyokong setia Anwar sejak zaman universiti mereka, mengadakan sidang akhbar dan mengutuk PKR (dahulunya PKN) sebagai pemimpin munafik (orang-orang munafik).

Walaupun mereka serius mempertimbangkan penggabungan Pribumi-PKR, ia akan mengambil masa yang lama untuk berlaku. Dan saya tidak akan memberikan walaupun 50:50 kemungkinan yang bakal terjadi (kecuali Azmin boleh mengambil alih dari Wan Azizah sebagai Presiden PKR). Dan tanpa kemasukan pintu belakang ke dalam Pakatan Harapan, dengan Lim Kit Siang kini dingin terhadap Mahathir, mereka perlu mengambil kira laluan yang baru.

Walaupun Pribumi diterima ke dalam Pakatan Harapan tidak ada jaminan bahawa Mukhriz boleh menjadi Menteri Kewangan akan datang, apatah lagi seorang Perdana Menteri akan datang. Peluang Pakatan Harapan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang adalah tipis. Dengan hanya enam bulan lagi (sekurang-kurangnya itulah yang Mahathir percaya) seseorang tidak mampu ketidakpastian. Kita perlukan kepastian. Satu perkara yang pasti adalah anda mendapatkan kuasa persekutuan hanya melalui Umno dan Barisan Nasional.

Jadi, jika Mukhriz mahu menjadi Menteri Kewangan akan datang, ianya perlu melalui Umno. Mukhriz perlu dibenarkan kembali ke dalam Umno dan mesti diberi kerusi Parlimen untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Selepas pilihan raya umum akan datang (dengan andaian Mukhriz menang kerusi itu, yang mana akan menjadi satu pertandingan empat penjuru sekurang-kurangnya) dia kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru.

Kedudukan jawatan Menteri Kewangan adalah kedua paling berkuasa selepas Perdana Menteri – lebih berkuasa daripada Timbalan Perdana Menteri, dimana Mahathir telah mengakui seawal tahun 1975. Ya, 41 tahun yang lalu Mahathir telah memberitahu orang-orangnya bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah ‘tiada nilai’ dan lebih baik menjadi Menteri Kewangan daripada Timbalan Perdana Menteri.

Malah, apabila Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ancaman pada tahun 1984, Mahathir menyingkirkan beliau sebagai Menteri Kewangan dan ‘menurunkan’ pangkat beliau kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mahathir tahu bahawa jika dia membenarkan Tengku Razaleigh untuk kekal sebagai Menteri Kewangan maka ia akan menjadikan dia sangat berkuasa.

Selepas menyingkirkan Tengku Razaleigh, Mahathir melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan yang baru. Sebelum itu tidak ramai yang pernah mendengar tentang Daim maka ia menjadi satu isu yang amat kontroversi. Wartawan bertanya kepada Mahathir pada sidang media mengapa beliau melantik Daim sebagai Menteri Kewangan. Mahathir menjawab bahawa Daim adalah sekutu paling rapat dan yang paling dipercayai dan mengapa dia mahu melantik musuh daripada rakan yang dipercayai sebagai Menteri Kewangan beliau?

Mahathir tahu apa yang dia lakukan walaupun semalam Nazri Aziz memanggilnya lelaki tua itu nyanyuk (orang tua nyanyuk). Sejak tahun 1975, Mahathir tahu di mana kuasa sebenar selepas Perdana Menteri berada – dan dia berkata kepada orang-orangnya demikian. Pada tahun 1984, beliau membuat perubahan yang akan memastikan tidak ada yang dapat menggulingkan beliau dan beliau boleh kekal berkuasa selama 22 tahun. Jadi, jika Mahathir mahu menyelamatkan Boboi, hanya ada satu cara yang akan berlaku. Mukhriz perlu dijadikan Menteri Kewangan.

Perkara tersebut dimuat naik dalam blog Mahathir semalam. Mahathir telah memberitahu Najib bahawa beliau, Mahathir, tahu bagaimana menguruskan ekonomi dan kewangan Malaysia, dan jika Najib membenarkan anaknya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan maka dia, Mahathir, akan memastikan bahawa Malaysia akan mempunyai wang yang diperlukan untuk membayar Bajet 2017.

Najib kini mempertimbangkan antara kepentingan politik dan ekonomi. Jika dia bersetuju untuk menjadikan Mukhriz Menteri Kewangan, ada kebaikannya. Tetapi jika dia hanya mengabaikan Mahathir pun ada juga kebaikannya. Jika Pakatan Harapan menerima Pribumi maka DAP akan dihukum pengundi Cina. Sebagai pihak yang bebas, Pribumi tidak boleh pergi mana-mana.

Mahathir dan Pribumi beliau akan hanyut tanpa tujuan dan kemudian terhempas ke batu semasa ribut. Najib mempunyai banyak masa manakala Mahathir tidak. Itu kesimpulannya. Dan ingat, kamu mula-mula mendengar perkara itu di sini.

Share this article

3 Komen:

  1. Setakat tak bercakap je nak gulingkan Najib, tak patut. Tapi ini kali ke 4 dia jatuhkan PM. Maknanya apa?

    BalasPadam
  2. Jika boleh semua rakyat nak jumpa Najib. Kenapa Madey saja yang kegersangan cuma 6 bulan sahaja tak dapat cakap dengan Najib.

    Inilah yang sinonim dengan mamak. Suka guling-guling...

    BalasPadam
  3. Ikut tradisi yg lalu PM pegang jawatan menteri kewangan. Setakat ini eluk je. Justeru itu teruskanlah.....kalau bagi kat Mukris, kebarangkalian timbulnya masalah adalah cukup besar. Pertama beliau dikelilingi kroni2 yg macam ikan jerung, kedua mungkin dia jadi pak anggok kepada pak dia dan ketiga dia masih kurang pengalaman. Keempat dia bukan ahli BN.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top