Nuffnang

SKANDAL S*KS : Bila Muhyiddin Akan Junjung Al-Qur'an?


SKANDAL s*ks yang menyelubungi bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat semakin parah. Ironinya pihak pembangkang mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pihak UMNO dalam kemelut ini.
Walhal yang terlibat dalam skandal tersebut adalah Muhyiddin manakala yang membuat dakwaan tersebut adalah suami kepada Nika Gee Siew Yee sendiri iaitu bekas Timbalan Pendakwa Raya Stanley Clement Augustin. Namun begitu, kesalahan tetap diletakkan ke atas parti UMNO.

Sampai bila pembangkang mahu berterusan menyalahkan parti UMNO dalam semua salahlaku yang mereka lakukan. Rakyat sedang melihat gelagat “bodoh” mereka ini.

Memetik sumber Malaysia Today, Satu Akuan Bersumpah telah dibuat oleh bekas Timbalan Pendakwa Raya Stanley Clement Augustin yang mendakwa isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar Johor lagi.

Muhyiddin menegaskan bahawa dakwaan ‘tidak senonoh’ ke atasnya adalah adalah tidak benar. Namun kenyataan beliau ini agak susah untuk diterima oleh rakyat. Malah Muhyiddin tidak dilihat bertindak menyaman Raja Petra sebagai tindakbalas membersihkan nama beliau.

Oleh itu, eloklah Muhyiddin menjunjung Al-Quran untuk menafikan bahawa tidak ada sebarang skandal diantara beliau dan Nika Gee.

Baru-baru ini, Pejabat Perdana Menteri berkata Muhyiddin cuba mengalihkan perhatian umum daripada kes yang melibatkannya dengan Nika Gee dalam dakwaannya terhadap Najib.

Dalam satu kenyataan, Tengku Sariffuddin turut mempersoalkan kredibiliti Muhyiddin yang menurutnya membawa imej seorang warak sepanjang karier politiknya.

Nampaknya, parti bunga Raya yang belum diluluskan lagi pendaftarannya telah terpalit dengan skandal presiden parti tersebut bagaikan layu sebelum berkembang.

Share this article

3 Komen:

  1. admin otak seks..keturunan kot..tahniah...

    BalasPadam
  2. "Low Class Political Minded" Banyak lagi SKANDAL yang lebih penting buat Rakyat Malaysia yang wajar diperbincangkan.

    BalasPadam
  3. ok kita tukar la cerita pasal produk DSMY
    Bistari.Net aper citer...budjet RM600 juta apa hasilnya
    dah boleh beroperasi 100% ke tidak ....
    Lepasan KV mana pulak hala tujunya.. yg berduit no hal boleh start berniaga tapi yg tak berapa nak ada ni apa citer ... nak keje gomen kelulusan akademik juga syarat utamanya
    sokongan kami org muda ni nak... tapi kebajikan kami main lepas tangan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top