Nuffnang

PENYATUAN POLITIK : Merealisasikan Penyatuan Melayu Dan Islam


SEORANG teman dalam WhatsApp Group saya bertanya: "Bro, agak-agak sampai bila negara kita nak berhenti berpolitik. Lama sangat dah non stop (tanpa henti).
Saya jawab: "Tak tau la bro. Aku pun rasa dah lama sangat. Dah banyak kali election (pilihan raya) aku buat liputan, perang politik depa tak pernah habis". 

Seingat saya keberantakan politik Malaysia memang sudah lama berlaku sejak pengharaman UMNO pada 1987 berikutan kemelut dalaman parti sehingga kemuncaknya pada 1998 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. 

Sudah 30 tahun sejak Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan Presiden UMNO, politik negara dan orang Melayu bercempera, kadang-kadang sejuk dan panas. 

Pemecatan Anwar menyebabkan perpecahan sekali lagi sehingga menyatukan parti pembangkang dengan menubuhkan pakatan mereka sendiri menentang Barisan Nasional (BN). 

Dalam tempoh 30 tahun keberantakan politik negara atau apa sahaja yang kita mahu panggil, seperti pergolakan atau konflik, negara dan rakyat masih bernasib baik kerana ia tidak menggugat teruk ekonomi dan kemajuan, hatta kestabilan politik negara sekali pun. 

Namun, sejak mutakhir ini ia berubah dan menjurus bukan sahaja ke arah budaya kurang sihat malah sudah ada unsur perkauman dan keagamaan. Lebih mudarat, perpecahan dan kesatuan orang Melayu dan Islam juga makin ketara. 

Dalam UMNO sudah ada keretakan yang jika tidak dibendung dari sekarang boleh menjadi belah. Begitu juga dalam kalangan pembangkang apabila PAS terbahagi kepada dua kumpulan, yakni ulama dan kumpulan yang digelar moderat. 

Sengketa dalaman dua parti Melayu Bumiputera dan Islam utama negara itu makin ketara ketika pilihan raya kecil berkembar parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini. 

PAS dan Parti Amanah Negara masing-masing saling menuduh membongkar dan membuka pekung keburukan masing-masing.

UMNO juga tidak ketinggalan apabila sengketa Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir makin meruncing dan gagal diselamatkan setelah kedua-duanya sudah dipecat daripada parti, manakala Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keahlian. Terbaru dikhabarkan beliau telah mengumumkan keluar daripada UMNO.

Kemelut dalam dua parti berteraskan Melayu Islam ini jika tidak diselesaikan atau tiada sikap tolak ansur bukan sahaja akan menggugat perpaduan bangsa dan umat, malah kestabilan negara turut terjejas. 

Justeru, dengan mengambil berkat Ramadan dan Syawal minggu depan, tak salah kalau langkah berani diambil untuk menghentikan keberantakan politik yang seolah-olah tiada hujungnya. Akhir kalam, Selamat hari raya Aidilfitri.

 : - SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. MeLAYU. Islam ala Melayu. Semua halal

    BalasPadam
  2. Kalau Madey (oil) dan PH (air) boleh dikocak hingga bersatu, tidak sukar sebenarnya untuk Melayu dan Islam bersatu. Hendak seribu daya...!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top