Nuffnang

SERVIS HKL MACAM GAMPANG - Azwan Ali Disekolahkan Doktor Pakar!!!


Tak abis-abis si malaun perasan super diva ni. Dia ingat dia serba tahu dan serba sempurna? Kalau bakat tu hanya mulut kepoh, jangan la pulak pandai-pandai nak jadi doktor. Dia ingat ubat-ubat ni boleh diberi sesuka hati ke? Udah-udahlah Azwan.... Lama-lama semakin nampak kebaghalan kamu ni.

Berikut dikongsikan jawapan balas Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir kepada isu yang dikepohkan si perasan Diva ni :

Saya dikirimkan screenshot ini oleh salah seorang sahabat saya. Beliau memohon saya memberi pencerahan berkenaan kenyataan saudara Azwan Ali. 

Saya tidak tahu apa yang menyebabkan Azwan Ali begitu marah sehingga mengeluarkan kata-kata sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Namun saya ingin menjelaskan beberapa perkara agar beliau dan masyarakat tidak salah faham. 


Pertama sekali adalah berkenaan availability antivenom. Sememangnya antivenom cuma boleh diperolehi di hospital kerajaan sahaja. Tiga buah hospital swasta terkenal di Kuala Lumpur yang saya hubungi iaitu Prince Court Hospital, Gelanagles dan KPJ tidak menyimpan stok antivenom. Kesemua mereka apabila diajukan soalan tentang ini, telah menjawab mereka akan merujuk kes gigitan ular ke Hospital Kuala Lumpur atau mana-mana hospital kerajaan yang berdekatan. 

Demikian juga hospital swasta di negeri-negeri lain. Mereka akan merujuk kes gigitan ular ke hospital yang mempunyai Pakar Kecemasan bagi tujuan rawatan lanjut. Jadi, sungguhpun anda memegang kad insurans yang mahal dan hebat-hebat, jika anda dipatuk ular berbisa dan memerlukan antivenom, anda akan dirujuk ke hospital kerajaan yang anda tidak gemari ini juga. 

Ini boleh difahami sebenarnya kerana antivenom adalah amat mahal harganya, menjangkau ribuan ringgit. Sea snake antivenom misalnya, berharga RM13,500 sebotol. Jadi, tiada kos efektir bagi hospital swasta untuk membeli ubat semahal ini yang amat jarang kes seumpamanya. Mereka menjalankan perniagaaan dan tanpa perlu memikirkan pulangan yang berbaloi dengan modal.

Namun, kerajaan Malaysia memikirkan tentang kebajikan rakyatnya. Ke mana lagi mereka boleh pergi untuk rawatan bagi kes-kes seperti ini. Stok=stok antivenom dibeli oleh Kerajaan Malaysia dan dibekalkan di hospital-hospital yang mempunyai kepakaran untuk menguruskan sakit berkenaan. 

Semua harus faham bahawa tidak semua kes gigitan ular memerlukan rawatan antivenom. HAnya 18 dari 40 spesis ular darat di malaysia adalah berbisa. Malah, sekalipun kita digigit oleh spesis ular berbisa, tidak semestinya kita memerlukan antivenom kerana majoriti gigitan ular adalah dry bites (patuk dan lari tanpa dos lethal bisa ular masuk ke badan). 

Jika setiap klinik hendak dibekalkan stok antivenom, ini sudah tentulah merupakan satu ketirisan kerana ada kawasan-kawasan tertentu yang mungkin hanya mempunyai kes gigitan ular 5 tahun sekali. takkan nak biarkan antivenom yang mahal seperti itu terperam macam perkasam sehingga tamat tempoh? Oleh itu, kami ada mekanisme pengagihan antivenom berdasarkan keperluan yang sudah dikaji dan diteliti. 

Keduanya, sekiranya perlu diberikan antivenom, ia mestilah keputusan yang dilakukan oleh doktor pakar kecemasan setelah menilai keadaan pesakit. Antivenom perlu diberi di bawah monitoring yang rapi. Ia hanya dilakukan di zon merah Jabatan Kecemasan. Klinik-klinik kerajaan tiada fasiliti ini dan bukan merupakan tempat yang sesuai untuk memberi rawatan antivenom. 

Pelbagai perkara yang boleh berlaku seperti kemerosotan keadaan pesakit yang memerlukan intervention segera seperti intubation dan bantuan pernafasan. Disebabkan inilah, rawatan antivenom hanya boleh diberi di fasiliti yang mempunyai kelengkapan merawat pesakit kritikal iaitu di zon kritikal Jabatan Kecemasan. 

Saya kurang faham mengapa ICU HKL dikaitkan dengan perkara ini. Tidak semua kes gigitan ular yang memerlukan antivenom perlu dirawat di ICU. Majoriti dirawat di Jabatan Kecemasan dan wad biasa sahaja, melainkan mereka memerlukan bantuan pernafasan. Jadi mengapa ICU HKL pula menjadi mangsa dan dimarahi? Ini adalah tidak adil untuk mereka. 

ICU HKL adalah merupakan ICU terbesar dan terbaik di negara kita. Tiada hospital swasta atau hospital kerajaan lain yang berani mendabik dada mereka lebih hebat dari ICU HKL. Para pakar-pakar seluruh negara termasuk di swasta amat menghormati HKL kerana para sifu, otai, mahaguru segala disiplin bermastautin di sana. 

Kehebatan HKL ini diiktiraf hatta ketika lawatan Presiden Obama. Pasukan perubatan Presiden Obama telah melakukan tinjauan berkali-kali selama berbulan-bulan sebelum lawatan Presiden Obama. Mereka mencari hospital terbaik yang boleh merawat Presiden mereka jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Segala aspek ditinjau terutamanya aspek kepakaran, availability multidisiplin, fasiliti dan kelengkapan sebagainya. Tinjauan turut dilakukan di hospital-hospital swasta yang berdekatan. Akhirnya mereka memilih HKL sebagai hospital yang akan merawat Presiden Obama. Keputusan mencerminkan kualiti dan standard HKL. 

Jadi amat lucu dan tidak patut bagi staf dan doktor-doktor ICU HKL dimarahi sehingga hendak diludah seperti ini. HKL adalah centre of excellence dengan pelbagai pencapaian antarabangsa. Terbaru, HKL telah memenangi anugerah bertaraf dunia Best Hospital Brand Award 2016 mengalahkan semua hospital lain termasuk hospital swasta bagi kategori Healthcare yang dipilih oleh Global Brands Magazine UK! 

Perkhidmatan kesihatan kita juga dinilai sebagai nombor tiga terbaik di dunia oleh tinjauan International Living di Amerika Syarikat. Kita hanya di belakang Perancis dan Uruguay sahaja. 

Saya hairan dengan mentaliti rakyat kita dewasa ini. Baru beberapa hari lepas doktor HKL dimaki sebagai babi, kali ini pula. 

Ludah dan makilah HKL dan petugasnya wahai rakyat di kala dunia mengiktirafkan HKL dan perkhidmatan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. - Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir
Share this article

8 Komen:

  1. terbaik jawapan yang diberikan......

    BalasPadam
  2. nak buat camne... dah dari keturunan yg bemasalah... sian mak bapak... harapan agar anak jadi insan yg berguna.. tapi ini yg terjadi... tengok pakaian aje dah tau hati budi ...

    BalasPadam
  3. Ulasan dan jawapan yang konkrit. Tahniah HKL. Buat Diva plastik Azwan bawa-bawalah bertaubat. Umur dan makin senja, kubur dah kata mari. Jagalah mulut jangan banyak sangat keluarkan air liur longkang. Tak payah nak popular dengan komen dari mulut longkang kau tu. Tak ada manusia dalam dunia ini yang setuju dengan komen bodoh dan dangkal spesis tak cukup vitamin macam kau tu. Kasihan masih ada lagi manusia macam ni kat bumi bertuah Malaysia ni.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah doktor... jawapan yg terbaik untuk orang yg kurang cerdik tp nk tjk bijak.... hkl hospital yang terbaik dari equipment.. facilities dan komitmen kakitangan... contoh kalau hari raya.. jgn sangka org yg ramai menunggu sampai lepak atas lantai bwk juadah raya pagi raya pertam adalah keluarga pesakit... tetapi kami adlh keluarga yg menunggu anak kami staff nurse menjamah juadah raya.... sdgkn dia sentiasa sibuk menjaga pesakit diward.. tanpa mengeluh... semoga allah memberi hidayah pd org yg suka menghina.. jgn satu ketika nnt.. bila. keluaga sendiri masuk hkl... kakitgn serta hkl inila.. berhempas pulas memberikan rawatan dn diri sendir hanya mampu melihat

    BalasPadam
  5. servis hkl tak gampang , yg gampang ialah azwan ali, yg patut rakyat malaysia ludah bukan hkl, tp kepala azwan ali dan dua kepala yg melahir dan membesarkannya..

    BalasPadam
  6. Kepala bapak ko azwan yg gampan.g..ko ni manusia tak berguna..1sen..sampah

    BalasPadam
  7. Kepala bapak ko azwan yg gampan.g..ko ni manusia tak berguna..1sen..sampah

    BalasPadam
  8. Assalam Bro,aku rasa HKL tak mahu menjalankan pembedahan free untuk dia sebab tu dia meroyan.Cuba HKL offer dia buat pembedahan percuma tukar jantina mungkin dia memuji tinggi melangit !

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top