Nuffnang

AZMIN DI MANA? Memboikot Atau Diboikot?


Hang pi mana.... Hang pi mana... Hang pi mana Azmin? Ketiadaan kelibat Datuk Seri Azmin Ali bagi membantu kempen calon Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar seolah-olah mengesahkan desas-desus bahawa Menteri Besar Selangor itu tidak merestui calon parti yang mewakili Pakatan Harapan.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata ketidakhadiran Azmin juga menggambarkan seolah-olah menteri besar itu tidak mahu memberikan komitmen terhadap pengundi di Sungai Besar.

“Saya tidak tahu kenapa, tapi dia (Azmin) tidak ada oleh kerana masalah yang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini di mana calon yang bertanding (bagi Pakatan Harapan) di sini tidak direstui oleh beliau.

“Jadi jangan ingat kalau kita bagi sokongan kepada PAN (Amanah) kerajaan negeri akan bantu kita (pengundi Sungai Besar),” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian peralatan sukan kepada persatuan belia pelbagai kaum di Sekinchan, di sini hari ini.

PKR sebelum ini ‘tersepit’ dengan perbalahan antara PAS dan Pakatan Harapan yang dianggotainya dengan DAP dan Amanah, termasuk dalam soal pemilihan calon bagi PRK Sungai Besar.

Azmin juga dikatakan mengelak daripada media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor susulan pendedahan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli baru-baru ini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR hadir di Sungai Besar pada hari penamaan calon, 5 Jun lalu, namun selepas itu tidak kelihatan sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata komitmen rendah yang ditunjukkan menteri besar itu berbeza dengan pemimpin-pemimpin BN, termasuk menteri-menteri kabinet yang telahpun turun untuk mengadakan pelbagai program di Sungai Besar sejak sebelum hari pencalonan sehingga kini.

Katanya, ia sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan terhadap pengundi di Sungai Besar yang akan berterusan sehingga selepas hari pengundian pada 18 Jun nanti.

“Saya rasa selepas media melaporkan ucapan saya hari ini (berkenaan ketiadaan Azmin di Sungai Besar), esok mungkin dia akan hadir, tapi dia datang bukan sebab rakyat Sungai Besar, tapi sebab saya cakap dia tidak hadir,” kata Khairy sambil disambut sorakan orang ramai di majlis itu.

PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRK ini, BN diwakili Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi yang akan berdepan pertandingan tiga penjuru dengan calon Amanah Azhar Abdul Shukur dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.

— BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top