Segelintir pemimpin dan penyokong himpunan Anti GST secara terang menentang Mahathir sebelum, ketika dan selepas beliau berucap.
KUALA LUMPUR: Nampaknya amarah dalam kalangan pemimpin pembangkang terhadap Tun Mahathir Mohamad masih berkobar, apabila ada yang menyampaikan serangan tersirat terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam ucapan mereka.
Lebih buruk, ada serangan yang dibuat sebaik selepas Mahathir selesai berucap dan sedang turun dari trak yang dijadikan pentas ucapan.
Pemimpin PKR, Badrulamin Bahrom yang ditugaskan membaca doa penutup, sempat berucap, “semoga Tuhan memberikan balasan kepada “mereka yang zalim” ketika mereka masih hidup.”
“Kamu ingat kamu Mahafiraun, tapi Mahafiraun pun tenggelam dalam lautan. Kamu ingat kamu Mahazalim, tetapi Tuhan akan hancurkan orang yang zalim,” katanya.
‘Mahazalim’ dan ‘Mahafiraun’ adalah nama yang digunakan pembangkang untuk merujuk kepada Mahathir, terutama ketika era Reformasi selepas ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kabinet pada 1998.
Malah, Badrulamin dalam bacaan doanya berkata, “Hukumlah mereka yang mula-mula memenjarakan Anwar, dan yang terus memenjarakan Anwar.”
Ketika Mahathir selesai memberikan ucapan dan masih di pentas, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dengan nada bergurau berkata, “Jangan bimbang, Tun sudah berusia, dia takkan jadi Perdana Menteri semula,” yang mana katanya itu disambut ketawa hadirin.
Segelintir penyokong turut menjerit meminta Mahathir supaya berhenti.
Dengan menutup mulut mereka, mereka melaungkan perkataan “Reformasi!” dan “Undur Mahathir!” dari belakang pentas ketika ahli politik veteran itu berucap.
Kebanyakan mereka adalah ahli PKR termasuk Badrul Amin sendiri sebelum diumum untuk membacakan doa penutup. - FMT
Yahudi Kerala tuh ingat Malaysia ni hak milik keluarga yahudi Kerala.
BalasPadamNasib baik tak kena baling dengan taik semasa berucap!
bro bg video lah baru blh percaya..
BalasPadam