Nuffnang

SUARA RAKYAT : Selamatkan Penduduk Kg Permatang Tok Subuh!!!


Oleh : Hamidah Che Embi dan 25 penduduk Kg Permatang Tok Subuh

Saya mewakili penduduk Kampung Permatang Tok Subuh membuat aduan polis ini terhadap syarikat Distinct Class Sdn Bhd kerana tindakan mereka yang mengusir kami secara paksaan dan keengganan untuk berbincang dalam menyelesaikan masalah tanah kami.
Kami, 26 keluarga kampung ini telah diheret ke mahkamah oleh syarikat tersebut dengan alasan mereka telah mendapat hak milik tanah kampung kami dan mahu kami keluar dengan tawaran pampasan yang tidak munasabah. Penduduk telah membantah cadangan pampasan yang ditawarkan iaitu antara RM 15,000 hingga RM 35,000 di mana pampasan ini adalah berdasarkan saiz rumah penduduk. Isu di sini adalah penduduk tidak mungkin berkemampuan memiliki sebuah rumah sebagai gantian dengan pampasan yang sebegitu kecil. Kami akan kehilangan tempat untuk tinggal sekiranya rumah kami sekarang diroboh dan diusir keluar secara paksa.

Kini, notis bailif pemilikan kosong bertarikh 28/1/2016 telah diberikan kepada penduduk dan pihak tuan tanah telah mendapatkan arahan mahkamah untuk melakukan pengusiran paksa pada 4/3/2016 akan datang.

Kami tidak dapat keluar tanpa apa-apa penyelesaian yang adil dicapai. Ini kerana kami ada hak ke atas tanah ini dan telah menyerahkan permohonan kami kepada pihak pentadbir tanah dan Kerajaan Negeri untuk tawaran tanah atau perumahan alternatif. Kami diberitahu secara lisan bahawa tanah alternatif untuk penduduk kampung telah dikenalpasti dan kami masih menunggu tawaran bertulis daripada Pejabat Tanah dan Kerajaan Negeri. Kami memerlukan lebih masa untuk mencapai suatu penyelesaian yang tidak menjejaskan hak perumahan dan kehidupan kami.

Maka, tuntutan penduduk Kg Permatang Tok Subuh adalah adalah sangat jelas iaitu :

1. Pampasan berbentuk ‘Rumah diganti dengan Rumah’, secara percuma iaitu setiap penduduk yang terjejas diberikan pampasan sebuah rumah teres baru selesa percuma di kawasan yang tidak jauh dari tanah ini sekiranya tanah ini amat diperlukan untuk pembangunan.

2. Tangguhkan perintah mahkamah pemilikan kosong terhadap penduduk dengan serta-merta

3. Penduduk tidak akan keluar dari kampung halaman sehingga mendapat rumah gantian.

Kami amat bimbang tentang keselamatan diri semua penduduk kampung dan juga harta benda milik kami akan terancam sekiranya pengusiran paksa berlaku.

Justeru, kami meminta pada pihak polis supaya bersikap professional dan neutral dalam isu tanah di Kampung Permatang Tok Subuh. Pihak polis tidak patut berpihak pada Distinct Class Sdn Bhd dalam isu pengusiran Kg Permatang Tok Subuh.

Kami juga berharap pihak polis boleh menasihati pihak tuan tanah supaya datang berbincang dengan penduduk tentang pampasan yang adil dan tidak menggunakan kekerasan dan pengusiran paksa terhadap penduduk kampung.

Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top