Nuffnang

ISU BANGLA : Cubaan Amran Fans Terpalit Ke Muka Sendiri?

 

“Siapa yang patut tunggu siapa dekat Mahsyar?” begitu soal balas Amran Fans terhadap anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Ini susulan kenyataan Nurulhidayah untuk menunggu pengkritik bapanya di padang mahsyar, selepas akaun Facebook parodi itu mencadangkan beliau bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan untuk menyahut cabaran bapanya.

Dalam serangan berterusannya, Amran Fans cuba membangkitkan kemarahan warga facebook,

“Siapa yang patut tunggu sapa dekat Mahsyar? Kami rakyat marhaen yang sering disakitkan hati oleh pak pak menteri ni nak kira macam mana?

“Takut bapak engkau itu saja nanti yang penat nak mencari kami. Kalau takat nak jumpa Amran seorang, di mamak saja sudahlah,” kata pengendali akaun parodi yang condong ke arah parti pembangkang.

Setakat berita ini ditulis, Amran Fans mempunyai pengikut besar hampir 900,000 orang.

Bapa Nurulhidayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar belia di Malaysia melakukan ‘kerja 3D’ jika tidak mahu pekerja asing di bawa masuk.

Selepas namanya dibangkitkan, Nurulhidayah kemudian membalas dengan sinis di Instagramnya dengan berkata beliau akan berkenalan “pencipta dan penyampai serta penyebar fitnah terhadapnya dengan mereka di Padang Mahsyar – merujuk kepada

“Seronok baca komen-komen kau orang ini. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu,” sindir Nurulhidayah yang menggunakan akaun @deltanovzulu.

Netizen mula bercerita betapa malunya pengandali akaun ‘Amran Fan’ yang mempunyai ratusan ribu pengikut tidak memahami isu sebenar tentang ‘1.5 juta pekerja Bangladesh’. Pengendali page facebook tersebut terlalu emosi dan cuba mencari populariti dari isu yang cuba diputar belitkan oleh pihak pembangkang.

“Memalukan, page yang mempunyai ramai pengikut makin tidak cerdik dan masih menggunakan isu fitnah sebagai cara nak popular di laman internet” komen Herolnizam, pelayar tegar laman internet yang turut menyindir kumpulan Amran Fan.

Benarkah pengendali akaun ini sama dengan kumpulan yang mengendali akaun “Rashid”?

Share this article

3 Komen:

  1. Sebenarnya kau yang bodoh. Pengikut akaun beratus ribu orang ni BAKAL PENGUNDI.
    Aku ulangi, bakal PENGUNDI tahun 2018. Jumlah mereka akan bertambah dari tahun ke tahun. Adakah dengan menghina mereka, kau akan dapat undi mereka.......????
    Mungkin kau tak pandang mereka sebab dah ada 1.5 juta pengundi dari BANGLADESH. Tapi jumlah mereka ramai dan semakin ramai.
    Jadi, bila nak bercakap menghina orang tu, pikirlah dalam-dalam.

    BalasPadam
  2. Budak2 sekarang mana nak kerja macam Bangla ni...tengok kat situasi Mrt pun cukup..berpanas berhujan...tu belum bab angkat sampah...belum lagi nak sapu longkang ...biarlah mereka yang pandai cakap je...ni...tengok negeri. Selangor cukup...tak ada sistem sampah yang elok seminggu tak angkat samaph kat satu satu kawasan perumahan cukuplah...berulatnya busuknya...ada anak atau sedara sendiri yang nak tolong bersihkan...tak mahukan jijik kan...so tugas tu sapa kena buat pekerja Bangla ..lah...saya rasa dari INdon ..elok Bangla sebba Indon kat sini semakin kurang ajar suka merompak ...dah tu senang buka bisnes tapi yang herannya imigresen ,polis tutup mata je...tengok je kat Jalan masjid India ...mereka Indon ni banyak akal so...mansuhkan je...kemasukan Indon ni kecuali untuk pembantu rumah je...so yang pandai cakap lepas ni kalau ada anak cakap dengan anak kau orang...belajar rajin 2 tau .,sebab abah tak suka Bangla kerja Malaysia kaunorang dah dapat degree jadi tukang sapu sampah...ok...memang sah anak kau orang kata nak mampus apa bapak aku ni....cakap benda yang mengarut..

    BalasPadam
  3. Bebalnya. Macam mana rakyat MALAYSIA nak hidup kalau peluang diberi pada Rakyat asing? Gaji diberi pun x setimpal dengan keadaan kos sara hidup yang semakin mencengkam. Budak muda pun nak menjalani kehidupan macam rakyat biasa, boleh beli kereta, moto, berumahtangga....dengan gaji minimum RM 900....boleh ker?...bagi kat bangla dah tentu depa ambil sebab depa disini hanya mencari rezeki..habis tempoh balik negara, rakyat sendiri? kalau betul betul nak kuatkuasakan gaji minima RM 900, buat betul betul jangan sembang kencang dalam media. Masa depan pun bukan kita yang tentukan ...ada dikalangan rakyat ni yang berjaya dari segi pendidikan tapi jangan pula dilupa pada yang kurang berjaya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top