Tak habis-habis Rafizi ni menyerang entiti Melayu. Mengalahkan DAP! Inilah barua DAPig yang kita perlu sedar dan jauhi. Tapi apakan daya, hanya dengan sedikit fakta yang diputarbelit, rakyat Malaysia terus menerima tanpa syak wasangka.
Perlu diingat setiap institusi atau agensi kerajaan ada pihak yang memantau dan memeriksanya. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan kewangan. Kita ada Jabatan Audit, SPRM, EPU dan Unit integriti. Sekiranya tidak betul atau menyalahi peraturan, jabatan-jabatan inilah yang terlebih dahulu akan dapat mengesan dan memberi teguran.
Kenyataan yang dibuat pembangkang hari ini seolah-olah jabatan-jabatan di atas tidak melaksanakan tugas dengan betul dan amanah? Lebih-lebih lagi si Rafizi ni. Kerjanya hanya menyerang entiti Melayu yang menjadi tunjang pembangunan dan bantuan kepada bangsa.
Mengapa tidak diserang dan digeledah entiti-entiti bukan bumiputera? Adakah entiti-entiti tersebut "bersih' sebersih-bersihnya?
Sebabnya mudah. Melayu merupakan teras kepada "kekuasaan" politik di Malaysia. Hakikat yang perlu diakui semua. Apabila teras ini goyang atau rebah, pada masa inilah anasir-anasir luar mudah untuk mengambil "kekuasaan" tersebut.
Memetik dari Malaysian Insider :
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menggesa agar Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) menyenaraikan pembiayaan pendidikan yang ditaja mereka kerana agensi berkenaan seolah-olah sukar melaksanakan tanggungjawab mereka.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya sering didatangi ibu bapa pelajar yang menerima skim pembiayaan pendidikan mereka.
"Saya sering dihubungi oleh ibu bapa dan pelajar-pelajar yang memohon atau ditawarkan skim pembiayaan pendidikan Mara mengenai masalah-masalah yang mereka hadapi.
"Gambaran yang saya dapati daripada aduan-aduan ini menunjukkan Mara menghadapi masalah dalam melaksanakan tanggungjawabnya membiayai pendidikan pelajar Bumiputera walaupun Pengerusi Mara (Tan Sri Anuar Musa) memberikan gambaran sebaliknya," kata Rafizi dalam kenyataannya, hari ini.
Rafizi berkata, antara aduan tertinggi yang diterimanya ialah masalah pelajar di Universiti Kuala Lumpur berkenaan pembiayaan pendidikan mereka.
Rafizi berkata, mereka pada asalnya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti berkenaan dengan persetujuan yuran kursus dan elaun sara hidup disediakan melalui pinjaman Mara.
"Setelah mereka memulakan pengajian, mereka belum mendapat sebarang tawaran pembiayaan oleh Mara.
"Apabila mereka menghubungi pihak Mara, mereka dimaklumkan permohonan belum dibuka," kata Rafizi.
Pelajar-pelajar itu bagaimanapun kemudiannya dimaklumkan pihak universiti mereka perlu mendapatkan pembiayaan lain.
Beliau berkata, Mara menawarkan menjadi orang tengah untuk memudah cara pelajar-pelajar ini mendapatkan pinjaman pendidikan daripada institusi pendidikan swasta yang kadar faedahnya tinggi dan tidak mampu ditanggung pelajar.
"Mereka dimaklumkan perlu meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak menyediakan pinjaman sara hidup mencukupi.
"Perkara-perkara ini terus diadukan kepada saya sehingga kini," katanya.
Rafizi berkata, sikap Mara yang tidak berterus terang ini menimbulkan kebimbangan mengenai kedudukan sebenar kesediaan dan kemampuan Mara membiayai pendidikan Bumiputera seperti dimandatkan.
"Saya menyeru supaya Tan Sri Annuar Musa memberikan penjelasan segera mengenai kedudukan pelajar-pelajar di Universiti Kuala Lumpur.
"Setakat ini beliau enggan mengulas dan menguatkan lagi spekulasi Mara tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk membiayai pendidikan Bumiputera," katanya.
Rafizi juga menggesa Annuar menyatakan peruntukan yang diberikan Putrajaya kepada Mara bagi tujuan pembiayaan pendidikan setiap tahun iaitu dari 2009 hingga 2016.
"Untuk membantu ramai pelajar dan ibu bapa yang menghadapi kesukaran kerana masalah pembiayaan pendidikan Mara, saya juga melancarkan satu aduan dan kaji selidik mengenai pembiayaan Mara di bit.ly/AduanMARA," kata Rafizi.
Mereka yang menghadapi masalah itu disaran mengisi maklumat di bit.ly/AduanMara supaya pihaknya dapat menganggarkan sejauh mana seriusnya masalah pembiayaan pendidikan Mara seperti yang diadukan sebelum ini.
"Saya akan memberi tumpuan kepada isu-isu bersabit Mara termasuklah isu pembiayaan ini selain maklumat lanjut skandal pembelian hartanah Mara di Australia dalam tempoh seminggu dua ini.
"Saya cadangkan Annuar tidak mengelak dan segera memberi jawapan kerana lebih banyak perkara akan ditimbulkan selepas ini," kata Rafizi. – 10 Februari, 2016.
- SUMBER
Nampak tak? Apabila MARA diasak begini, segala "keistimewaan" anak-anak Melayu akan dilondehkan. Dan pada masa ini akan bangkitlah "pejuang-pejuang" kesamarataan menuntut peluang dan hak sepertimana yang berlaku ke atas biasiswa JPA.
Rasanya kalau tabung biasiswa MARA selepas ini terpaksa ditutup, agak-agaknya tabung apa lagi yang para pelajar pelajar dan mahasiswa Melayu boleh pohon?
Rasanya kalau tabung biasiswa MARA selepas ini terpaksa ditutup, agak-agaknya tabung apa lagi yang para pelajar pelajar dan mahasiswa Melayu boleh pohon?
Jadi, kalau bukan kita Melayu yang mempertahankan Melayu, siapa lagi? Nak ikut Rafizi juga? Terpulanglah....
Samada YB ni pusing cerita atau kena pusing dek FAMA (FAther & MAther) yg minta bantuan dgn dia.
BalasPadamYg pasti SOP Mara tidaklah seperti yg YB ni katakan.
Lebih baik jika YB ni jumpa MARA utk penjelasan sebenarnya.
Seperti PAS melawat TH sambil belajar.
Sebelum MARA dengar dan buat apa yg Sotong Fitnah ni nak, cuba suruh Sotong Lembik ni tunjukkan bukti berapa banyak aduan yg dia telah terima. Pastikan dulu dia tidak berGURAU.
BalasPadamAdakah pihak MARA atau sesiapa yg berani utk lakukan sebelum Sotong Gurau Perisa Pandan ni semburkan dakwat beracunnya sampai ramai lagi rakyat jadi bodoh rosak otak krn perbuatannya.
Harap Tabung Haji dan Mara saman je Rafizi ni..tak habis- habis buat fitnah
BalasPadamminta jasa baik pihak tuan pautkan link blog saya yang kerdil ini
http://zulcomz.blogspot.my/
sekian terima kasih
Rafizi jgn sampai kau mati kubur pun tak mau terima kau.....,
BalasPadam